PENDAHULUAN
‘Urf merupakan salah satu sumber penting untuk mengeluarkan hukum syarak walaupun ada di kalangan para ulama yang tidak mengiktirafkannya sebagai salah satu sumber yang muktabar. Namun begitu, para ulama yang mengiktirafkannya melihat ia sebagai salah satu sumber yang amat penting terutama dalam permasalahan yang berkaitan dengan hubungan antara sesama makhluk dan dalam beberapa aspek lain juga tidak dapat di nafikan, kerana di sana ada persoalan yang tidak dapat di selesaikan dengan menggunakan sumber-sumber yang disepakati iaitu al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qiyas.
Oleh itu, perbincangan yang akan dikemukakan dan akan memperjelaskan keadaan sebenar ‘urf sebagai salah satu sumber perundangan yang tidak disepakati ini akan diterangkan dalam perbincangan di bawah dengan sekadarnya.
PENGENALAN ‘URF DAN ADAT
Definisi ‘urf dari segi bahasa:
Takrifan al-‘urf dari sudut bahasa arab ialah ma'rifah (pengetahuan) dan maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang ma'ruf dan sikap yang dianggap baik oleh akal yang sejahtera.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 181) Al-Quran telah menggunakan al-‘urf dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf seperti firman Allah swt:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Maksudnya:
“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).” (al-Quran, al-A’raaf, 7:199)
Definisi ‘urf dari segi istilah syarak;
Para ulama mempunyai pelbagai takrifan mengenai ‘urf dari segi istilah, antara takrif tersebut ialah seperti yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitabnya daripada kitab ulama-ulama yang terkenal antaranya ialah;
Mengikut Abu Sunnah, ‘urf adalah “setiap yang tetap dalam diri dari sudut pandangan akal dan diterima oleh tabiat yang baik”. Jurjani pula mentakrifkan ‘urf sebagai “setiap yang tetap dalam diri dengan disaksikan oleh akal dan diterima oleh tabiat yang baik.” Dan Sayyid Salih Awad mentakrifkan ‘urf itu sebagai “setiap yang tetap dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima oleh tabiat yang baik dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta tidak ditolak oleh syarak”. Menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa’ ‘urf itu sebagai adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan atau amalan.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 63). Abdul Karim Zaidan mentakrifkan ‘urf sebagai “setiap (perkataan dan perbuatan) yang biasa dalam masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan.” (Abdul Karim Zaidan 2004: 201). ’Urf juga ditakrifkan sebagai perkara yang tetap di dalam diri manusia dari segi akal fikiran dan diterima baik oleh tabiat yang sejahtera.(Hasan B. Haji Ahmad Dahn, Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 337)
Maka bagi rumusan takrif daripada pendapat para ulama, penulis mengemukakan pendapat yang dikeluarkan oleh Imam al-Ghazali yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitab beliau iaitu “sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat sejahtera. Atau juga ’urf itu sesuatu yang menjadi tabiat manusia yang mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera lahir dari penghuni sesebuah negeri Islam dengan syarat ia tidak berlawanan dengan syarak”.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 183)
PENGERTIAN ADAT
Adat dari segi bahasa diambil dari perkataan العود أو المعاودة dengan makna berulang kali. Ia merupakan nama kepada pengulangan perbuatan berkali-kali sehingga menjadi mudah dilakukannya seperti suatu tabiat, justeru dikatakan
الأمر المتكررمن غير علاقة عقلية
Maksudnya:
“Perkara yang dilakukan berulang kali tampa mempunyai hubungan ‘aqliyyah.” (Ibid 2005: 182)
Jelasnya dari takrif di atas bahawa adat pada istilah mempunyai suatu pengertian yang lebih umum berbanding ’urf kerana ia mempunyai suatu pengertian yang syumul dan luas ruang lingkupnya termasuklah mencakupi adat yang lahir dari faktor tabi’e, adat individu dan adat orang ramai.
Hubungan antara ‘urf dan adat
Dalam merumuskan hubungan antara ‘urf dan adat penulis mengemukakan pendapat yang dikelauarkan oleh Abdul Karim Zaidan dengan kata beliau:
‘Urf ialah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat dalam kehidupan harian, sama ada perkataan mahupun perbuatan. Maka ‘urf dan adat menurut pandangan fuqaha memberi erti yang sama. Apabila mereka berkata “hukum ini sabit dengan adat dan ‘urf” bukanlah bererti adat berlainan dengan ‘urf, bahkan kedua-duanya itu satu maksud saja. Sebutan kalimah adat itu bertujuan untuk mengukuhkan sahaja.” (Abdul Karim Zaidan 2004: 201)
PEMBAHAGIAN ‘URF
‘Urf terbahagi kepada tiga bahagian,iaitu:
i) Dari aspek kandungan
ii) Dari aspek ruang lingkup
iii) Dari aspek syarak
Pertama: dari aspek kandungan - pembahagian ‘urf kepada perkataan atau lafaz dan perbuatan atau amali.
‘Urf perkataan atau lafaz
‘Urf ialah penggunaan sesuatu perkataan atau ayat di kalangan sesetengah masyarakat yang berbeza dengan makna asal. Ia dapat difahami secara spontan tanpa memerlukan perantaraan, penunjuk(qarinah) atau pengamatan.Jika sesuatu perkataan atau ayat difahami dengan menggunakan penunjuk atau logik akal ia adalah majaz bukannya ‘urf. ( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 10 )
Contoh bagi majaz yang difahami dengan perantaraan penunjuk (qarinah) ialah seseorang memberikan sesuatu kepada seseorang yang lain dengan berkata: “aku berikannya dengan bayaran sekian”. Kita akan fahaminya sebagai akad jual beli bukannya pemberian (hibah) dengan perantaraan perkataan bayaran sebagai penunjuk lafaz (qarinah lafziyyah). ( Ibid: 10 )
Contoh bagi majaz yang difahami dengan perantaraan logik akal ialah jika seseorang berkata “ mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas si anu”. Kita akan fahami bahawa hakim yang menjatuhkan hukuman bukan mahkamah berdasarkan logik akal. (Ibid: 10)
Perkataan-perkataan yang menjadi kebiasaan untuk maksud-maksud tertentu yang berbeza dengan maksud asal perkataan-perkataan tersebut seperti perkataan “walad” (ولد) digunakan pada urf untuk kanak-kanak lelaki sahaja sedangkan maksud asalnya merangkumi lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan perkataan “al -Laham”(الحما)(daging) yang pada ‘urf adalah semua jenis daging kecuali daging ikan. Sedangkan maksud asalnya merangkumi semua jenis daging. ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 66 )
Jika seseorang itu bersumpah tidak akan memakan daging, ia tidak kira melanggar sumpahnya atau berdosa dengan memakan ikan. Ini kerana ‘urf perkataan tidak menamakan ikan sebagai daging.
‘Urf perkataan terbahagi kepada dua bahagian. Jika penggunaan perkataan secara ‘uruf itu dari segi adat kebiasaan sesuatu tempat, ia dikenali sebagai hakikat ‘uruf (haqiqah urfiyyah). Sementara itu,jika penggunaanya dari segi syarak ia dikenali dengan hakikat syarak (haqiqah syar’iyyah). Umpamanya penggunaan perkataan solat dan zakat sebagai ibadah yang difahami di dalam realiti syarak sedangkan makna asal bagi solat di dalam bahasa arab ialah doa dan zakat ialah penyucian. (Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 10 )
̀Urf perbuatan atau amali
̀̀Urf amali ialah perbuatan atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan manusia. Perbuatan atau amalan tersebut sama ada dari segi kegiatan biasa atau kegiatan kemasyarakatan. Maksud kegiatan biasa adalah kegiatan yang bersangkutan dengan kehidupan biasa tanpa melibatkan akad dan hak seperti makan, minum, pakaian,dan sebagainya. Maksud kegiatan kemasyarakatan pula ialah kegiatan yang bersangkutan denagn akad dan hak seperti nikah, jual beli, rampasan, dan lain-lain. ( Ibid: 12 )
Contoh ’urf amali ialah dari segi kegiatan biasa ialah kebiasaan masyarakat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan asasi. Contoh bagi ’urf amali dari segi urusan kemasyarakatan ialah kebiasaan penjual di sesetengah tempat menghantar barangan jualan yang berat ke kediaman pembeli dan kebiasaan masyarakat berjual beli tanpa lafaz ijab dan qabul. ( Ibid: 12 )
Perbuatan yang menjadi kebiasaan di kalangan manusia seperti jual beli Mu’atah (معاطاة) (proses jual beli tanpa ijab dan qabul), penggunaan tandas awam tanpa ditetapkan tempoh masa dan jumlah air yang digunakan, istisna’ (استصناع) (tempahan membuat barangan seperti kasut, pakaian, dan sebagainya), hidangan makanan kepada tetamu merupakan keizinan untuk makan dan sebagainya. . ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 66)
Kedua : dari aspek ruang lingkup -pembahagian ‘uruf kepada al-am (umum) dan al-khas(khusus).
‘Urf am
Perbuatan atau perkataan yang menjadi kebiasaan bagi seluruh penduduk semua negara Islam sama ada ia baru atau lama, atau dengan kata lain ‘urf am ialah sesuatu perkara yang sentiasa diamalkan oleh seluruh umat Islam. ( Ibid: 66)
Contoh ‘urf am ialah akad tempahan (akad al-istisna’) iaitu jual beli melalui tempahan dengan mendahulukan bayaran cengkeram.Ia amat diperlukan oleh manusia sejak sekian lama,begitu juga pada hari ini,kita tidak dapat lari dari muamalat seumpama ini. Begitu juga dengan bayaran penggunaan tandas awam tanpa mengira kadar air dan tempoh berada di dalamnya. Kedua-dua perkara tersebut telah menjadi amalan biasa masyarakat antarabangsa sejak zaman berzaman. Ia tidak dianggap bercanggah dengan prinsip dan sistem kehidupan masyarakat sejagat. Contoh lain ialah seperti lafaz talak yang digunakan untuk perceraian oleh seluruh umat Islam walaupun pada asalnya tidak bermaksud untuk tujuan tersebut sahaja. ( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 12 )
‘Urf khas
‘Urf khas ialah perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sesebuah negara,masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu. Ia berbeza mengikut keadaan dan situasi yang mempengaruhinya. (Ibid: 13)
Contoh ‘urf khas ialah kebiasaan masyarakat Islam melayu tidak berkasut di dalam rumah dan menganggap perbuatan memakai kasut di dalam rumah sebagai tingkah laku yang kurang sopan.Contoh kedua ialah kebiasaan di sesetengah tempat meletakkan tanggungjawab membayar bil ke atas pemilik rumah sewa bukannya penyewa. Seperti ‘uruf di Iraq yang membahagikan mas kahwin kepada tangguh dan segera. (Ibid:13 )
Perbezaan antara ‘urf am dan ‘urf khas dari segi hukum syarak
1. Ruang lingkup hukum yang berdasarkan ‘uruf am adalah lebih luas berbanding ‘urf khas.
2. Hukum ‘urf am boleh mengkhususkan hukum yang berdasarkan nas syarak. Sementara hukum ‘urf khas tidak dapat melakukannya mengikut pendapat yang terkuat di dalam mazhab Hanafi.
Apabila berlaku percanggahan antara ‘urf khas dan ‘urf am, hukum syarak adalah berdasarkan ‘urf am jika ‘uruf khas itu di kalangan kumpulan yang kecil. Tetapi jika ‘urf khas di kalangan kumpulan yang ramai, maka hukum adalah didasarkan kepadakhas khusus untuk kumpulan tersebut sahaja kerana hukum am tidak didasarkan kepada ‘urf khas. . ( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 14 )
Merujuk kepada pembahagian tersebut, didapati ia telah mengenepikan perkara-perkara yang berulang-ulang dan menjadi kebiasaan di kalangan seseorang individu. Ini adalah sebahagian dari ‘urf menurut penggunaannya yang luas. Bahkan dari satu sudut ia juga mempunyai kedudukan dalam penetapan hukum Fiqh. Contohnya untuk menentukan kadar nafkah yang diwajibkan ke atas seseorang suami,ia hendaklah merujuk kepada ‘urf iaitu taraf hidup suami serta keperluan keluarganya.( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 14 )
Ketiga : dari aspek syarak –pembahagian ‘urf kepada sahih (betul) dan fasid (batal).
‘Uruf sahih
‘Uruf sahih ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia dan tidak bertentangan dengan nas syarak, ijmak, maslahah, dan tidak membawa kepada kemudaratan. ‘Uruf sahih ini mungkin berdasarkan dalil syarak seperti kewajipan suami memberi nafkah makanan dan pakaian kepada isteri mengikut kemampuan, ,(Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 64). Perkara ini disebut oleh Allah dalam al-Quran:
يرضعن أولادهن حولين كا ملين لمن أ راد أ ن يتم الرضاعة وعلى والوالدات
المولود له رزقهن وكسوتهن با لمعروف
Maksudnya:
“ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu mengikut cara yang sepatutnya.” ( al-Quran,al-Baqarah: 233)
Contoh ‘urf sahih ialah jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul adalah ‘urf sahih kerana ia tidak bercanggah dengan mana-mana nas al-Quran dan as-Sunnah. ‘Urf sahih juga merangkumi banyak perkara yang merupakan ‘urf di zaman Jahiliyyah dan selepas itu diakui oleh Islam seperti al-Diyah dan al-Salam. ( Ibid: 65)
Kemungkinan juga ‘urf sahih tidak berdasarkan kepada dalil syarak tetapi ianya membawa kepada kebaikan dan dapat menjauhi kemusnahan seperti ‘urf dalam pertunangan, iaitu pihak lelaki menghadiahkan cincin, pakaian, dan sebagainya kepada pihak perempuan dan ianya tidak dikira sebagai mahar ( mas kahwin). (Ibid: 65)
‘Urf fasid
‘Urf fasid ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia tetapi bertentangan dengan syarak atau sesuatu yang menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. ‘Urf fasid juga adalah setiap yang menyalahi syarak dan membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan seperti pinjaman yang berbentuk riba sama ada daripada bank atau individu, permainan berbentuk perjudian, pelacuran, dan sebagainya. Walaupun kegiatan-kegiatan ini telah menjadi lumrah di kalangan sesetengah masyarakat tetapi ia adalah bercanggah dengan nas-nas al-Quran yang jelas. ( Ibid: 65 )
Percanggahan antara ‘urf dengan nas boleh berlaku dalam dua keadaan:
Keadaan pertama: Percanggahan secara umum.
Apabila berlaku percanggahan antara ‘urf dengan kehendak nas qat’iyy, ‘urf ini dikira terbatal. Ini berdasarkan kepada prinsip syarak yang mendahulukan nas sebagai sumber utama perundangan Islam. Namun jika hukum dari nas qat’iyy berlandaskan ‘uruf tertentu, ketika itu ‘urf dan nas tersebut diamalkan secara bersama (tawfiq). Ini bermakna jika ‘urf tersebut sudah berubah maka ‘urf yang baru akan mengubah ketetapan hukum tersebut. (Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 17 )
Keadaan kedua: Percanggahan secara khusus.
Apabila percanggahan berlaku antara nas qat’iyy yang bersifat umum dengan ‘urf yang bersifat khusus,hukum ‘urf tidak terbatal, sebaliknya ia berkuatkuasa dalam ruang lingkupnya yang khusus.Oleh itu, para ahli fiqh mengharuskan akad tempahan walaupun ia kelihatan bercanggah dengan sebuah hadis baginda saw yang mafhumnya berbunyi jangan menjual barang yang tiada disisi kamu.( Ibid: 18 )
Akad tempahan telah dikecualikan dari umum hadis tadi memandangkan ia adalah ‘urf yang sudah menjadi keperluan umum.Pengecualian ini tidak membatalkan hukum umum hadis sebaliknya ia adalah satu langkah untuk menggunakan dalil nas dan ‘urf sekaligus berdasarkan kaedah;
اعما ل الد ليلين أ ولى من الغاء أحدهما
Maksudnya:
“Menggunakan kedua-dua dalil sekaligus adalah lebih baik dari membatalkan salah satu darinya.”
Penentuan sesuatu ‘urf sama ada ia sahih atau fasid adalah berdasarkan pertimbangan dari nas serta prinsip umum syarak. Ketiga-tiga jenis pembahagian lepas adalah berdasarkan aspek yang berbeza.Kadangkala sesuatu ‘urf bersifat am, perkataan, atau perbuatan dan sahih atau fasid dalam satu masa. Begitu juga keadaannya jika ia bersifat khas. Akad tempahan umpamanya adalah ‘urf yang bersifat am, perkataan, serta sahih dan percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram (haram berkahwin) di dalam sesuatu majlis keraian dan perayaan ialah ‘urf yang bersifat khas, perbuatan serta fasid. (Ibid: 19)
KEHUJAHAN ‘URF
Yang dimaksudkan dengan kehujahan uruf sebagai sumber ialah beramal dengannya. ‘Urf tidak dianggap sebagai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil dan hukum-hukum syarak yang tetap dan tidak berubah, walaupun suasana dan adat berubah. (Abd Latif Muda 1997 :135)
Justeru, mana-mana ‘urf yang bertentangan dengan nas atau hukum mestilah sama-sama kita berusaha untuk menghapuskannya dan meninggalkannya. Firman Allah:
ولاتعاونوا على الاثم والعدون
Maksudnya:
”Dan janganlah kamu bertolong-menolong pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan....(al-Quran, al-Ma’idah 5;2)
Ulama Hanafi dan Maliki menerima ’urf sebagai hujah hukum. ’Urf yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak mestilah diambil kira dalam pembinaan hukum dan membuat keputusan.Oleh itu,mujtahid dan kadi mestilah menilainya dalam membuat keputusan.Sebagai contoh, syarak mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik serta tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diyat terhadap aqilah iaitu keluarga pembunuh. (Ibid: 138).
Selain itu,kebanyakan orang sekarang ini yang mengamalkan adat-adat perniagaan,sistem kehakiman dan kemasyarakatan yang keperluan-keperluan mereka menghendakinya,kerana matlamat disyariatkan hukum ialah memperbaiki keadaan manusia, menegakkan keadilan diantara mereka dan menolak kesempitan daripada mereka, maka jika sekiranya tidak diraikan di dalam mensyariatkan hukum yang biasa dilakukan oleh orang ramai dan orang yang mempunyai akal yang waras dan tabiat yang sejahtera, nescaya terjerumus mereka ke dalam kesempitan dan jadilah syariat Islam bertentangan dengan matlamat yang dibinakan hukum ke atasnya.( Hasan B.Haji Ahmad 2002: 345)
Oleh itu, Islam memperakui banyak perkara yang telah menjadi kebiasaan orang-orang Arab melakukannya sebelum Islam dengan menyusunnya untuk mereka, seperti jual beli, gadai, sewa-menyewa, nikah dan sebagainya dan ia tidak menghapuskan kecuali perkara memudharatkan atau merosakkan seperti riba, berjudi, membunuh anak-anak perempuan dan mengikat perempuan daripada menerima pusaka.
Namun begitu, mereka tidak sepakat mengenai kehujahan ’urf jika ia merupakan perkara yang biasa dilakukan oleh orang ramai yang terdiri dari cara-cara mentadbirkan perkataan dan khutbah yang selalu berlaku di kalangan mereka dan amalan-amalan berkaitan dengan urusan muamalah yang selalu mereka lakukan yang mana tidak ada dalil syarak yang menghalang atau yang mengsabitkannya. (Ibid: 346)
Namun begitu, ‛urf yang fasid dan bertentangan dengan syarak tidak boleh diikuti sama sekali. Ulama, mujtahid serta kadi mestilah meninggalkannya dalam mengeluarkan keputusan. Ini kerana ’urf tersebut bertentangan dengan dalil syarak dan juga menyebabakan terbatalnya hukum syarak.Sebagai contoh ialah amalan riba yang berlaku dalam adat masyarakat jahilliyah terus diharamkan dalam syariat. (Abdul Latif Muda 1997:138)
Bagi Syafie dan Hanbali pula, meraka tidak menjadikan ‛urf ini sebagai hujah dalam mengeluarkan suatu hukum. Selain itu,‛uruf tidak dianggap sebaai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil syarak dan hukumnya yang tetap dan tidak berubah dengan sebab berlainan suasana dan adat-adat,kerana berhujah dengannya bererti membelakangkan nas-nas syarak yang qat’iyy dan mengikut hawa nafsu serta membatalkan syariat-syariat kerana syariat tidak datang untuk memperakui perkara-perkara yang mudharat dan rosak. Oleh yang demikian diketepikan ‛urf itu dan tolong-menolong menghapuskannya,kerana redha dengannya bererti tolong-menolong melakukan perkara dosa dan permusuhan.( Hasan B.Haji Ahmad 2002: 347)
SYARAT-SYARAT KEHUJAHAN ‘URF
Kehujahan ‘urf bukan secara mutlak bahkan ianya dikaitkan dengan syarat-syarat tertentu, syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :
1. ‘Urf mestilah “muttaridan”(مضطردا) dan “ghaliban (غالبا)”
Muttaridan bermaksud kulliyyah iaitu bersifat menyeluruh dan dapat digunapakai secara umum, tersebar luas dan diketahui semua. Manakala “ghaliban” pula bermaksud majoriti iaitu diamalkan oleh majoriti manusia. ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 71)
2.‘Urf itu mestilah tidak bertentangan dengan nas syarak
- Iaitu tidak bertentangan dengan nas yang sabit, dalil-dalil syarak yang lain dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika ia bertentangan dengan perkara tersebut, maka sudah tentu ‘Urf itu tertolak dan tidak digunapakai dalam syarak.(Ibid: 71)
3. ‘Urf yang menjadi sandaran mestilah wujud semasa hukum dikeluarkan
melaluinya.
- ‘Urf tersebut mestilah diamalkan secara meluas sama ada yang berbentuk perkataan atau perbuatan semasa sesuatu hukum dikeluarkan melaluinya, jika sesuatu hukum dikeluarkan melalui ‘urf yang sudah tidak diamalkan lagi maka hukum tersebut tidak dianggap “muhakkamah”.(Ibid: 71)
3. Tidak ada sesuatu yang mengingkari ‘urf
- ‘Urf mestilah bersih dari sebarang pembatalan yang jelas oleh kata-kata atau perbuatan. Sebagai contoh, jika ‘Urf untuk bayaran di kedai tertentu adalah “taqsit” (ansuran) maka ia akan terbatal sekiranya pihak pembeli menjelaskan untuk membayar tunai. Begitu juga jika pada ‘urf, kos penghantaran barang adalah tanggungan penjual, akan terbatal jika kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meletakkan kos tersebut kepada pembeli. Oleh itu, ulama’ telah menyebutkan:
ما يثبت بالعرف بدون ذكر, لا يثبت اذا نص على خلافه
Ertinya :
“Apa yang sabit dengan ‘urf tanpa sebutan (tentangan), tidak akan
thabit jika ada kenyataan yang menentangnya.”(Ibid: 71)
HUKUM BERAMAL DENGAN ‘URF ATAU ADAT
Ketika kedatangan Islam, masyarakat Arab mempunyai berbagai-bagai adat resam, kemudian ia memperakukan mana-mana adat yang sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam, seterusnya ditolak mana-mana adat yang bercanggah dengan syariatnya. Kemudian dipinda atau diperbaiki beberapa ‘urf dan adat supaya selaras dengan haluan dan matlamatnya.
Adapun ‘urf yang sahih, maka wajib diberi perhatian dalam perundangan dan kehakiman. Seseorang mujtahid wajib mengambil kira ‘urf dalam proses pembinaan hukum. Demikian juga seorang hakim mesti mengambil kira ‘urf dalam kehakimannya, kerana sesuatu adat yang dikenali dan dihayati oleh masyarakat telah menjadi sebahagian daripada keperluan mereka di samping ia selari dengan kepentingan-kepentingan mereka. Justeru, selagi adat itu tidak bercanggah dengan syarak, wajiblah diambilkira.Terdapat beberapa adat yang baik dari kalangan orang Arab telah diberi perhatian oleh syarak dalam perundangan, seperti kewajipan diyat ke atas ‘aqilah dan syarat kafalah dalam perkahwinan. ( Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005:191)
Sementara ‘urf fasid tidak boleh diambilkira kerana jelas percanggahannya dengan dalil syara’ atau membatalkan hukum syarak. Kebiasaan bermuamalah riba atau melakukan akad yang ada unsur-unsur penipuan tidak boleh mengharuskan akad muamalah tersebut diteruskan. Kerana inilah dalam undang-undang ciptaan manusia, ‘urf yang berlawanan dengan perlembagaan atau peraturan am tidak boleh diambilkira, tetapi yang akan diberi perhatian dalam akad seperti ini adalah dari aspek lain, yakni apakah akad ini dianggap sebahagian dari darurat atau keperluan manusia? Jikalau dibatal , apakah boleh menyebabkan kepincangan sistem kehidupan mereka atau ditimpa kesulitan dan kesusahan, ataupun tidak ada kesan apa-apa? Lantaran itu, jika ‘urf itu sebahagian dari daruriyyat atau hajiyyat mereka, maka ia diharuskan kerana darurat mengharuskan yang dilarang, sedangkan hajat pula boleh disamakan dengan darurat dalam perkara ini. Sebaliknya, jika ‘urf itu bukan dari daruriyyat atau hajiyyat mereka, nescaya dihukumkan batal ‘urf itu dan tidak boleh diambilkira ‘urf yang berlaku. Dengan kata lain bahawa hendaklah beramal dengan ’urf di kalangan pengamalnya berterusan di dalam semua masalah. Tidak tercicir ia di dalam satu masalah daripadanya, atau tidak beramal dengannya itu berlaku pada kebanyakan masalah-masalah tidak pada kesemuanya.( Haji Hasan B. Haji Ahmad Dahn, Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 342)
‘URF YANG BERCANGGAH DENGAN NAS
Walaupun syarat beramal dengan ‘urf itu mestilah ia tidak bercanggah atau berlawanan dengan nas yang telah dibincangkan, namun perlu diperincikan lagi perbahasannya kerana dalil-dalil syarak itu adakalanya khas dan adakalanya am. Apabila terdapat percanggahan ‘urf dengan dalil-dalil syara’, maka ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
1. ‘Urf yang bercanggah dengan nas yang khas
- Ditegaskan oleh ulama bahawa :
كل ما ورد الشرع بخلافه فهو غير معتبر
Maksudnya :
“Setiap ‘urf yang ada dalil syara’ menyalahinya, maka ‘urf itu tidak diambilkira.”
Oleh itu ‘urf yang jelas bercanggah dengan nas tidak mempunyai nilai pandangan pada syarak, bahkan wajib dihapus dan dibasmi. Ini tidak terkecuali sama ada ‘urf itu khas atau am, terjadi setelah turunnya dalil atau sebelumnya. Justeru, mengguna pakai ‘urf yang bercanggah dengan nas bererti menafikan peranan nas dalam pembinaan hukum. (Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 192)
Namun begitu, para fuqaha mengecualikan satu perkara iaitu apabila nas itu sendiri ketika turunnya atau ketika datangnya bersandarkan kepada ‘uruf yang memang sudah sedia ada dan di’illatkan kepadanya. Nas yang seperti ini memperhatikan ‘urf atau adat istiadat masyarakat, oleh kerana itu hukumnya akan bergantung kepada ‘urf dan akan berubah apabila ‘urf itu berubah. Sebahagian fuqaha mengecualikan keadaan darurat yang sangat mendesak, sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama:
ليس للفقيه أن يفتي أو يقضي بما جرى به العرف المخالف لأصل من أصول الشريعة الا أن تدعو الى ما جرى به العرف المخالف ضرورة , فيكون الحكم مبنيا على مراعاة الضرورة , ويدجل في قبيل الرخصة التي يقررها الفقية على جهة الجتهاد.
Maksudnya:
“Tidak harus bagi seorang faqih memberi fatwa atau hukuman dengan sesuatu yang dikehendaki oleh ‘uruf yang bercanggah dengan dasar-dasar syariat Islam kecuali apabila ada sesuatu darurat yang memerlukan hokum itu dibina berdasarkan darurat tersebut dan ia termasuk dalam konsep rukhsah yang diakui oleh faqih atas dasar ijtihad.” (Ibid; 192)
2. ‘Urf yang bercanggah dengan nas yang am
- ‘Urf yang bercanggah dengan nas syarak yang am terbahagi dua bahagian :
a) ‘Urf yang telah sedia ada sebelum datangnya nas dan ia pula terbahagi kepada dua jenis iaitu lafzi dan amali.
i- ‘Urf lafzi : para fuqaha sepakat mengambilnya sebagai asas penentuan hukum dan diberikan kedudukan sebagai nas syarak yang am di dalam batas maknanya yang ‘urfi, sebagaimana kaedah mengatakan :
يحمل اللفظ على معناه الحقيقي ما لم تكون قرينة على ارادة المجاز
Maksudnya:
“Hendaklah diberikan lafaz itu maknanya yang hakiki, selama tidak ada qarinah atau petanda yang menghendaki makna majazi.”
‘Urf lafzi itu akan menjadi maknanya yang hakiki menurut ‘urf(حقيقة عرفية) , sedangkan makna itu pula perlu didahulukan dari makna segi bahasa seperti salah, siyam dan haji. Maka lafaz-lafaz ini adalah dimaksudkan dengan makna dari segi ‘urf syarak, walaupun ia bercanggah dengan makna dari segi bahasa. (Ibid: 150)
ii- Sementara ‘urf amali : para fuqaha berbeza pandapat, apakah ia boleh mentakhsis nas yang am atau tidak? Sebahagian fuqaha berpendapat ‘urf amali al-am boleh mentakhsiskan nas yang am iaitu dengan melaksanakan ‘urf pada tempat dan melaksanakan nas pada amnya. Ini bukan bererti menghapuskan peranan nas itu, tetapi melaksanakan ‘urf dan nas bersama, sebagaimana kaedah yang menegaskan :
اعمال النصين معا أولى من اهمال أحدهما
Maksudnya :
“Melaksanakan kedua-dua nas bersama lebih baik daripada meninggalkan salah satu daripadanya.”
Contohnya seperti hadis Rasulullah yang melarang seseorang untuk menjual sesuatu yang tidak dimilikinya, maka nas ini adalah umum bagi semua jenis perniagaan. Namun begitu, ada hadis Rasulullah juga membenarkan perniagaan al-salam iaitu menjual sesuatu yang tidak dimiliki oleh penjual dengan cara membayar terlebih dahulu sebelumnya adanya sesuatu itu. Amalan itu dibenarkan kerana adanya kemaslahatan dan masyarakat memerlukannya, sedangkan perniagaan al-salam itu berdasarkan kepada adat kebiasaan yang berlaku di Madinah. Maka ‘urf di sini mentakhsiskan atau mengecualikan perniagaan al-salam daripada amnya yang terdapat pada nas, bahkan dilaksanakan hukum nas yang am di samping hukum ‘urf yang khas. Kepentingannya di sini bahawa ’urf juga termasuk dalam pemeliharaan masalih mursalah. (KH. Masdar Helmy 1996: 152)
Adapun ‘urf yang khas apabila bercanggah dengan nas yang am, maka pendapat yang terkuat bahawa ‘urf tersebut tidak boleh mentakhsiskan nas yang am. Kata ulamak berkata :
هل يعتبر في بنأ الأحكام , العرف العام أو مطلق العرف ولو كان خاصا؟ المذهب الأول
Maksudnya:
“Dalam pembinaan hukum apakah diambilkira ‘urf yang am, atau semata-mata ‘urf walaupun yang khas? Menurut mazhab (pendapat yang rajah) ialah pendapat yang pertama.”
Dan telah disebut oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad pendapat Al-Imam al-Qarafi dalam kitabnya bahawa ‘urf amali tidak boleh mentakhsiskan yang am.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 194)
b) ‘Urf yang terjadi setelah datangnya nas, iaitu para fuqaha mujtahidin sependapat bahawa ‘urf tersebut tidak boleh mentakhsiskan nas yang am, walaupun ‘urf itu am kerana ;‘urf yang terjadi setelah datangnya nas yang menjelaskan hukum syarak dan telah pun dilaksanakan hukum tersebut. Apabila datangnya ‘urf yang mentakhsiskan nas tersebut bererti menasakhkan hukum nas itu sendiri, sedang ‘urf tidak boleh menasakhkan nas kerana di antara syarat yang membolehkan ‘urf itu diamalkan ialah ‘urf itu wujud sebelum datangnya nas kerana ‘urf lafzi yang sedia ada ketika datangnya nas sahaja boleh menafsir dan menentukan kehendak syarak daripada nasnya. (Ibid: 151)
4. ‘Urf yang bercanggah dengan dalil-dalil ijtihad
- Apabila ‘urf bercanggah dengan qiyas,istihsan, masalih mursalah, istihab dan lain-lain dalil ijtihad, yang diambilkira ialah ‘urf. Sementara qiyas dan seumpamanya, menurut jumhur fuqaha hendaklah ditinggalkan dan tidak boleh dilaksanakan lagi. Dan ditegaskan oleh ulama:
فاذا تعارض العرف مع القياس , فتكاد تتفق كلمة الفقهأ على أن القياس يترك بالعرف, لأنه دليل الحاجة, فهو أقوى من القياس , فيترجح عليه عند التعارض.
Maksudnya:
“Maka apabila bercanggah ‘urf dengan qiyas , maka hampir sepakat pendapat para fuqaha bahawa qiyas itu ditinggalkan dengan sebab adanya ‘urf, kerana ia adalah tanda keperluan masyarakat, maka ia lebih kuat daripada qiyas dan diutamakan atasnya apabila ada percanggahan.”
Begitu juga ada setengah ulama berkata:
وقد يترك القياس بالعرف ولهذا صح عقد الاستصنع , لجريان الغرف به , وان كان قياس لا يصح لأنه عقد على معدوم.
Maksudnya :
“Dan kadang kala ditinggalkan qiyas dengan sebab adnya ‘urf dan oleh kerana inilah sah akad isyisna’ (kontrak tempahan) kerana ‘urf telah mengamalkannya, walaupun menurut hukum qiyas tidak sah, kerana ia merupakan akad ke atas sesuatu yang tidak wujud.” .(Ibid: 197)
Apabila ‘urf itu didahulukan daripada qiyas, sedangkan qiyas itu bergantung kepada nas syarak, iaitu asal yang diqiyaskan ke atasnya, maka mendahulukan ‘urf atas istihsan dan masalih mursalah yang tidak bergantung kepada nas lebih aula.
‘URF DIRUJUK BAGI MENAFSIRKAN NAS
Sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa ‘urf merupakan tempat rujukan bagi pelaksanaan beberapa hukum ke atas peristiwa dan masalah-masalah juz’iyyah. Syariat Islam telah meninggalkan banyak perkara yang tidak ditentukan batas sempadan secara jelas, bahkan sengaja membiarkannya kepada ‘urf untuk menghukum, menentukan batas sempadan dan perinciannya. (KH. Masdar Helmy 1996: 152)
Justeru, wujud satu kaedah fiqhiyyah yang diterima pakai oleh semua ulama iaitu “العادة محكمة” yang bermaksud adat yang am mahu pun khas akan dijadikan rujukan atau hakam, bagi menentukan hukum syarak khususnya ketika berlaku perselisihan kerana ia juga merupakan asas pembinaan hukum-hukum yang tidak dinaskan. Tetapi apabila ada nas maka wajib mengamalkan nas itu dan tidak harus meninggalkan nas dengan mengamalkan adat.Contohnya :
#sŒÎ*sù z`øón=t/ £`ßgn=y_r& £`èdqä3Å¡øBr'sù >$rã�÷èyJÎ/ ÷rr& £`èdqè%Í‘$sù 7$rã�÷èyJÎ/ (#r߉Íkôr&ur ô“ursŒ 5Aô‰tã óOä3ZÏiB (#qßJŠÏ%r&ur noy‰»yg¤±9$# ¬! 4 öNà6Ï9ºsŒ àátãqム¾ÏmÎ/ `tB tb%x. ÚÆÏB÷sム«!$$Î/ ÏQöqu‹ø9$#ur Ì�ÅzFy$# 4 `tBur È,Gtƒ ©!$# @yèøgs† ¼ã&©! %[`t�øƒxC ÇËÈ
Maksudnya :
“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),”
(al-Quran,al-Talaq 65:2)
Maka ‘adalah (keadilan) merupakan syarat untuk diterima kesaksian, sedangkan ‘adalah menurut para fuqaha ialah suatu malakah (sifat atau bakat atau perwatakan) yang mendorong seseorang menghayati sifat ketaqwaan dan memelihara maruahnya. Oleh itu, apa sahaja yang boleh merosakkan maruah, ia dianggap akan mencacatkan ‘adalah, sedangkan sesuatu dianggap boleh merosakkan maruah adalah berbeza dengan sebab berbeza tempat dan keadaan. Contohnya seorang lelaki mempunyai kedudukan tertentu, tidak memakai kopiah (songkok) dianggap menjatuhkan maruah bagi sesetengah negeri atau tempat dan boleh mencacatkan keadilan, sedangkan bagi negeri lain tidak memakai kopiah itu tidak merupakan suatu keaiban dan kecacatan. Maka hukum syarak di sini berbeza dengan sebab perbezaan tersebut. Firman Allah :
* ßNºt$Î!ºuqø9$#ur z`÷èÅÊö�ム£`èdy‰»s9÷rr& Èû÷,s!öqym Èû÷ün=ÏB%x. ( ô`yJÏ9 yŠ#u‘r& br& ¨LÉêムsptã$ʧ�9$# 4 ’n?tãur ÏŠqä9öqpRùQ$# ¼ã&s! £`ßgè%ø—Í‘ £`åkèEuqó¡Ï.ur Å$rã�÷èpRùQ$$Î/ 4 Ÿw ß#¯=s3è? ë§øÿtR žwÎ) $ygyèó™ãr 4 Ÿw §‘!$ŸÒè? 8ot$Î!ºur $ydÏ$s!uqÎ/ Ÿwur ׊qä9öqtB ¼çm©9 ¾ÍnÏ$s!uqÎ/ 4 ’n?tãur Ï^Í‘#uqø9$# ã@÷VÏB y7Ï9ºsŒ 3 ÷bÎ*sù #yŠ#u‘r& »w$ÁÏù `tã <Ú#t�s? $uKåk÷]ÏiB 9‘ãr$t±s?ur Ÿxsù yy$oYã_ $yJÍköŽn=tã 3 ÷bÎ)ur öN›?Šu‘r& br& (#þqãèÅÊ÷ŽtIó¡n@ ö/ä.y‰»s9÷rr& Ÿxsù yy$uZã_ ö/ä3ø‹n=tæ #sŒÎ) NçFôJ¯=y™ !$¨B Läêø‹s?#uä Å$rá�÷èpRùQ$$Î/ 3 (#qà)¨?$#ur ©!$# (#þqßJn=ôã$#ur ¨br& ©!$# $oÿÏ3 tbqè=uK÷ès? ׎�ÅÁt/ ÇËÌÌÈ Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan.” (al-Quran,al-Baqarah 2:233) ÏM»s)¯=sÜßJù=Ï9ur 7ì»tFtB Å$râ�÷êyJø9$$Î/ ( $ˆ)ym ’n?tã šúüÉ)GßJø9$# ÇËÍÊÈ Maksudnya : “Dan isteri-isteri Yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) Dengan cara Yang patut, sebagai satu tanggungan Yang wajib atas orang-orang Yang taqwa.”(al-Quran, al-Baqarah, 2; 241) PERANAN ‘URF DALAM PENETAPAN HUKUM FIQH ‘Urf mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah perkembangan fiqh. Ia telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan hukum fiqh. Para ulama fiqh telah menjadikannya salah satu sumber dalam menentukan keputusan ijtihad mereka. Antara peranan yang dimainkan oleh ‘urf dalam bidang fiqh ialah : 1) Sebagai Perantara Kepada Dalil-dalil Fiqh Sebahagian ulama seperti al-Qarafi dan Ibn Abidin telah mengiktiraf ‘urf sebagai salah satu sumber dalam hukum fiqh. Menurut Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan, ‘urf dijadikan dalil keharusan akad al-mudharabah, akad al-istisna’, wakaf harta alih. Manakala, menurut pendapat Imam Malik,’urf adalah sebagai dalil ketidak harusan khiyar syarat. (Mohammad Zaini bin Yahya 1999: 57-58) Sebahagian ulamak moden telah menolak ‘urf sebagai dalil yang tersendiri. Walaupun mereka memandang tinggi terhadap ‘urf tetapi mereka hanya menganggapnya sebagai perantara kepada dalil-dalil yang sebenar. Di sini,terdapat beberapa contoh mereka menganggap ‘urf sebagai perantara kepada dalil fiqh iaitu : a) Dalam contoh al-mudharabah mereka berpendapat ‘urf bertindak sebagai perantara kepada hadith taqriri iaitu hadis yang berbentuk pengakuan kerana mudharabah telah menjadi amalan sejak dahulu lagi dan Nabi S.A.W tidak pernah melarangnya. b) Dalam contoh akad tempahan,’urf bertindak sebagai perantara kepada ijmak sukuti iaitu persepakatan sebahagian para mujtahid terhadap sesuatu perkara pada sesuatu zaman dan sebahagian mujtahid hanya mendiamkan diri setelah mengetahuinya. Para mujtahid tidak pernah membantah dalam amalan ini. c) Dalam larangan Imam Malik terhadap khiyar syarat adalah berdasarkan kepada amalan penduduk Madinah yang merupakan salah satu dalil menurut beliau. 2) Sebagai Rujukan Kepada Hakim Dalam Membuat Keputusan Dalam bidang kehakiman Islam, ‘urf menjadi rujukan hakim dan pengamal undang-undang dalam melaksanakan hukuman. Sebahagian ulama telah melarang para hakim terikat dengan mana-mana mazhab dan membelakangkan ‘urf dalam membuat keputusan mereka. Terdapat dua aspek peranan ‘urf dalam bidang ini iaitu : a) Dari aspek keterangan atau pembuktian Setelah meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dan tertuduh, hakim akan merujuk kepada ‘urf untuk membuat keputusan. Contohnya dalam kes kecurian,untuk menentukan hirz sesuatu barang curi itu hendaklah merujuk kepada ‘urf kerana hirz sesuatu barang itu berbeza dengan barang yang lain mengikut perbezaan ‘urf. b) Dari aspek hukuman Hukuman takzir tidak ditentukan secara terperinci dalam al-Quran dan Hadith tetapi diserahkan kepada hakim untuk menentukan bentuk hukuman yang sesuai dengan tahap kesalahan dan mampu mencegahnya menurut ‘urf. ( Ibid: 62-63 ) 3) Sebagai Tafsiran Kepada Kehendak Seseorang. ‘Urf dapat membantu menjelaskan maksud dan kehendak seseorang yang biasanya kehendak tersebut tidak dijelaskan oleh seseorang kerana ia sudah diketahui berdasarkan ‘urf. Contohnya dalam masalah jualbeli yang diwakilkan, penerima wakil hendaklah melakukan penjualan atau pembelian mengikut kadar harga pasaran walaupun pewakil tidak menyebutnya di dalam akad. Di sini menunjukkan pentingnya petunjuk daripada ulama. (KH. Masdar Helmy 1996: 150) 4) Sebagai Pembantu Dalam Proses Tarjih Tarjih yang dimaksudkan di sini ialah apa yang diistilahkan oleh Yusuf al-Qardawi sebagai ijtihad intiqa’i iaitu memilih salah satu pendapat para ulama’ terdahulu berdasarkan kelebihan tertentu. Tarjih dalam bentuk ini hanya dibenarkan antara pendapat-pendapat yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima dan hanya berbeza dari segi kekuatannya sahaja. Salah satu dari pendapat tersebut dipilih berdasarkan ‘urf semasa yang mengambil kira keperluan manusia. (Mohammad Zaini bin Yahya 1999: 65) Contohnya dalam karya Yusuf al-Qardawi di mana salah satu tarjih yang dilakukannya ialah pemilihan beliau terhadap keharusan wanita bermusafir tanpa ditemani suami atau muhrimnya jika tidak ditakuti apa-apa gangguan semasa perjalanan,berdasarkan pendapat Ibn Hazm al-Zahiri. Walaupun pendapat Ibn Hazm ini seperti bersalahan dengan pendapat majoriti, tetapi ia adalah keperluan semasa dan ‘urf yang perlu dipelihara. (Ibid: 65) 5) Sebagai Penghurai Kepada Hukum-hukum Fiqh Yang Terkandung Dalam Nas. Terdapat banyak hukum fiqh yang terkandung dalam nas dan hadith yang berdasarkan kepada ‘urf sebagai penghurai seperti dalm firman Allah s.w.t : ’n?tãur ÏŠqä9öqpRùQ$# ¼ã&s! £`ßgè%ø—Í‘ £`åkèEuqó¡Ï.ur Å$rã�÷èpRùQ$$Î/ 4 Maksudnya: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya.” ( al-Quran, al-Baqarah, 2:233 ) Para ulamak telah menyatakan ayat al-Quran di atas mengandungi hukum fiqh iaitu kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak. Tetapi kadar, bentuk dan lain-lain perkara yang berkaitan diserahkan kepada ‘urf yang menghuraikannya. Di sini jaga jelas bahawa ‘urf sudah di kenal oleh manusia dan mesti tidak berlawanan dengan kehendak syarak. (KH. Masdar Helmy 1996: 150) PERUBAHAN HUKUM DENGAN SEBAB PERUBAHAN MASA Hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid akan berubah apabila ‘urf dan adat berubah. Inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata fuqaha: "لا ينكر الأحكام بتغير الأزمان" Di atas dasar inilah berlakunya perubahan hukum. Imam Abu Hanifah dan sahabatnya sebagai contoh, sering berselisih pendapat dalam beberapa hukum berdasarkan perbezaan ‘urf masing-masing. Imam Syafi’e ketika berada di Mesir telah mengubah sebahagian hukum atau fatwanya sewaktu berada di Baghdad kerana uruf di Mesir berbeza dengan ‘urf di Baghdad. Antara contoh perubahan hukum yang disebabkan oleh perubahan masa ialah yang berlaku pada Imam Abu Hanifah dan zaman Abu Yusuf dan Muhammad dalam kes selain dari hudud dan qisas iaitu, Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa zahirah(berpegang pada keadilan segi zahir sahaja), sudah cukup bagi diterimanya sebagai saksi, tetapi pada zaman Abu Yusuf dan Muhammad telah banyak pendustaan yang berlaku, jadi mereka berpendapat mesti dilakukan taykiyyah al-syuhud demi melindung dari keburukan yang menghilangkan hak-hak orang ramai. Fuqaha menyatakan bahawa khilaf tersebut hanyalah perbezaan masa dan waktu, bukan perbezaan hujjah dan dalil. (Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 201) Larangan mengambil upah mengajar al-Quran adalah fatwa yang dikeluarakan oleh para ulama mutaqaddimin, tetapi setelah berlaku perubahan ‘urf dan adat, maka para ulama mutaakhirin memberi fatwa harus mengambil upah mengajar al-Quran agar pengajian al-Quran tidak terhapus.(Ibid: 202) Dalam Sahih Bukhari ada menyebutkan Baginda saw telah ditanya mengenai hukum unta yang hilang, adakah mereka yang melihatnya boleh mengambil unta tersebut dengan tujuan mewawarkannya dan akan dipulangkan kepada tuannya apabila ia datang menuntutnya, yang kemudian ditegahnya oleh Baginda saw, hukum ini terpelihara sehingga akhir pemerintahan Umar r.a. Namun begitu, pada zaman Uthman r.a dia memerintahkan supaya dipungut unta yang hilang dan di jualkannya, apabila tuannya datang menuntut, maka di bayar harga tersebut kepadanya, walaupun arahan ini menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Rasulullah saw pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia adalah satu keputusan yang bertepatan dengan tujuan perintah Rasulullah saw dengan alasan bahawa masyarakat pada zaman itu telah rosak akhlaknya dan memanjang kepada yang haram dan demi mengelak dari menularnya kemudaratan ke atas masyarakat. (Ibid: 203) Perbezaan pelaksanaan hukum-hukum kerana mengikut perbezaan ’urf dan adat bukanlah perbezaan dalam tasyri’ tetapi perbezaan itu hanyalah dalam tatbiq (pelaksanaan) sahaja, ini bukanlah bererti bahawa hukum Allah swt dalam satu masalah itu berbilang-bilang atau berbagai-bagai tetapi maksud tatbiq itu berbeza ialah kerana situasi, suasana, dan peristiwa yang berbeza. Dalam dunia undang-undang hukum adalah satu sahaja, tapi pelaksanaannya berbeza dari satu keadaan dengan keadaan yang lain, juga kerana perbezaan suasana, keadaan dan peristiwa itu sendiri. Demikianlah dapat difahami dari pertukaran hukum dengan bertukarnya masa dan perubahan fatwa dengan sebab perubahan masa dan suasana. (Ibid: 203) BEBERAPA CONTOH ‘URF DAN ADAT DI MALAYSIA 1) Memakai kasut dalam masjid adalah satu penghinaan. 2) Menempah pakaian atau alat perkakas rumah dan sebagainya adalah harus. 3) Memberi nafkah kepada isteri dan anak dengan wang ringgit adalah harus. 4) Mengambil upah atau makan gaji kerana mengajar al-Quran, ilmu-ilmu agama, fardu ain atau fardu khifayah, menjadi imam masjid, muaazzin dan sebagainya adalah harus. 5) Kokokan ayam jantan yang telah sekian lama menjadi tanda masuknya waktu subuh. 6) Makan sambil berjalan dikira aib dan menjatuhkan maruah. .(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 194)
PENUTUP
Kesimpulannya, ‘urf dan adat tetap diambil kira dalam memberi fatwa dan penghakiman bagi memelihara kepentingan atau maslahah, kerana sebahagian dari bentuk maslahah-maslahah manusia hendaklah memperakukan sesetangah yang telah menjadi kebiasaan dan adat mereka bertahun-tahun lamanya dan silih berganti generasi demi generasi. Kebiasaan dan amalan sedemikian merupakan suatu kelakuan sosial yang sukar untuk ditingglkan. Oleh itu, pengiktirafan itu tidak mutlak, bahkan terikat dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nas syarak dan roh syariat islam.
Dengan kata lainnya, ‘urf merupakan salah satu sumber hukum yang amat penting, kekuatannya dibuktikan oleh dalil-dalil al-Quran, al-Sunnah dan ijmak, ‘urf tidak boleh diguna pakai secara mutlak, bahkan terdapat syarat-syarat tertentu yang mesti ada untuk menjadikannya sebagai sumber hukum. Dan sememangnya tidak dapat dipertiakaikan lagi bahawa ‘urf juga telah bertindak sebagai salah satu di antara hukum-hukum syariat yang diperundangkan untuk kepentingan seluruh manusia seluruhnya dan menolak sebarang keburukkan yang menimpa mereka.
terima kasih info ini
ReplyDeleteteruskan menulis
comey wak khijo.....trima kasih
ReplyDeletesalam, saya mohon izin utk nak dowload isi blog ni. sgt membantu utk exam sy. hu. thank you :)
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletemintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
JazakAllahu Khairan
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalammualaikum,,ble sy tnya, apa tjuk bku karangan Muhammad Saleh B. Haji Ahmad ne aa?? sy tgh mcari buku rujukan utk sbjk usul fiqh.. :)
ReplyDeleteMohon share...terima kasih.. :)
ReplyDeletemohon share.
ReplyDeleteamik ajelah..ni assgment sebab tu kemas ja, siap pembentangan lagi setiap tajuk ni
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteboleh ke saya dapatkan taju buku Muhammad zaini dan nik salida
good job.
ReplyDeletemohon share...tuan/puan...
ReplyDeletemohon izin nak guna maklumat dan info ni. sangat membantu tugasan sy. semoga kalian dipermudahkan segala urusan. tq atas info yang menarik dan kemas penulisannya
ReplyDeletetq share ats info ini....sgt2 membantu saya
ReplyDeleteMohon share tuan / puan
ReplyDeletemohon izin untuk guna maklumat ni. sangat membantu tugasan sy. semoga semua akan dipermudahkan segala urusan. tq atas info yang diberikan dan cantik penulisannya
ReplyDeleteReply