Saturday, April 25, 2009

TA’ARUD DAN TARJIH

PENDAHULUAN

Jika diteliti secara umumnya, bidang atau skop perbahasan dalam ilmu usul al-fiqh ialah mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama untuk mengeluarkan sesuatu hukum daripada sesuatu sumber hukum, sama ada sumber hukum yang disepakati atau dari sumber hukum yang tidak disepakati. Ia juga membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan ijtihad, syarat-syarat dan kriteria serta ciri-ciri mujtahid. Begitu juga dengan al-Ta’arud dan al-Tarjih serta al-Dilalat atau al-Dalalat iaitu perbahasan khusus tentang cara-cara menentukan madlul dan hukum dari Al-Quran serta Hadith dan kategorinya.

Antara masalah yang dihadapi oleh seseorang untuk memahami sunnah Rasulullah s.a.w adalah wujudnya beberapa hadith yang memiliki maksud, petunjuk dan hukum yang saling bercanggah, berlawanan dan bertentangan antara satu sama lain. Adakalanya percanggahan ini menyebabkan sebahagian umat menjadi ragu akan kebenaran hadis-hadis tersebut manakala sebahagian lain pula tersilap dalam mengamalkannya iaitu mereka mempraktikkan sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Malah ada yang menjadikan senario percanggahan ini sebagai salah satu faktor untuk menolak hadith secara keseluruhan dari syari‘at Islam.

Tidak dinafikan juga bahawa memang wujud hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang pada zahirnya kelihatan bercanggah antara satu sama lain. Percanggahan ini bukanlah sesuatu yang bersifat hakiki tetapi ia hanyalah pandangan seseorang semata-mata kerana kelemahan dalam memahami maksud sesuatu hadis dan tidak mengetahui kaedah-kaedah bagi mengatasi percanggahan tersebut.

1.0 TA’ARUD
1.1 TAKRIF TA’ARUD

Dari segi bahasa: Bercanggah atau berlawanan.

Dari segi istilah: Percanggahan antara dua dalil yang saling bertentangan di antara satu sama lain.

1.2 SEBAB-SEBAB TA’ARUD

1) Dalalah nas itu bersifat zanniy. Sahabat berselisih pendapat tentang tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan oleh suaminya kepada dua pendapat. Pendapat yang pertama tiga kali suci daripada haid, yang kedua tiga kali haid (Fadilah Sarnap 1998: 196).

Terdapat dua makna yang hakiki bagi sesuatu perkataan seperti perkataan “al-quru” dalam firman Allah:
      
Maksudnya:
Wanita yang ditalakkan hendaklah menunggu tiga kali quru’.
(Surah al Baqarah 2: 228)

Perkataan quru’ mempunyai dua pengertian yang sama kuat dan digunakan dalam situasi yang hampir-hampir sama. Kedua-dua pengertian tersebut ialah “haid” dan “suci daripada haid.” Perkataan al-quru’ mushtarak di antara haid dan suci.

Pada pendapat Saidina Ali, Umar, Abdullah bin Mas’ud, Ibnu Abas dan Abu Musa al-Asy’ari maknanya “haid”, lalu memutuskan bahawa tempoh iddah sebenarnya tiga kali haid. Maka mereka berpendapat suami berhak merujuk isterinya selagi belum bersuci daripada haid yang ketiga. (Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid 2004: 108)
Tetapi Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan Aishah berkata maknanya “suci daripada haid” lalu memutuskan bahawa tempoh sebenarnya bagi iddah ialah selama tiga kali suci dari haid. Pada mereka suami tidak berhak merujuk isterinya setelah isterinya itu haid kali ketiga. (Ibid : 108)

2) Hukum yang dikeluarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada satu isu itu berbeza daripada satu keadaan dengan keadaan yang lain.
الإمام جنة، فإن أتم فلكم وله وإن نقص فعليه النقصان ولكم التمام‏.‏
(Al- Bawardi Thibbu ‘an Sharih al-‘Adwi)

• باب إذا فسدت صلاة الإمام فسدت صلاة من خلفه
حدثنا الفضل بن سهل قال حدثنا الحسن بن موسى الأشيب قال حدثنا عبد الرحمن بن عبد الله بن دينار عن زيد بن أسلم عن عطاء بن يسار عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يصلون لكم فإن أصابوا فلكم وإن أخطئوا فلكم وعليهم

( Kitab al-Bukhari, Bab Solat Jemaah dan Imamah: Bab apabila tidak sempurnanya imam dan orang-orang yang dibelakangnya boleh menyempurnakan solat)

3) Salah satu dalil yang bercanggah itu telah dinasakh tetapi tidak diketahui oleh faqih.

• تَوَضَّئُوا مِمَّا مَسَّتِ النَّار
وحدثنا عبد الملك بن شعيب بن الليث قال حدثني أبي عن جدي حدثني عقيل بن خالد قال قال ابن شهاب أخبرني عبد الملك بن أبي بكر بن عبد الرحمن بن الحارث بن هشام أن خارجة بن زيد الأنصاري أخبره أن أباه زيد بن ثابت قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول الوضوء مما مست النار

( Sahih Muslim, Kitab Haid: Bab wudhu’ selepas memakan makanan yang dimasak)

• أن النبي صلى الله عليه وسلم احتز من كتف شاة ثم صلى ولم يتوضأ
مسألة: الجزء الرابع

حدثنا محمود بن غيلان حدثنا عبد الرزاق أخبرنا معمر عن الزهري عن جعفر بن عمرو بن أمية الضمري عن أبيه أنه رأى النبي صلى الله عليه وسلم احتز من كتف شاة فأكل منها ثم مضى إلى الصلاة ولم يتوضأ ) ص(: 244 قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح وفي الباب عن المغيرة بن شعبة

(Sunan at-Tarmizi: Kitab makanan yang dimakan oleh Rasulullah s.a.w)

4) Nabi Muhammad s.a.w menyebut lebih daripada satu hukum syarak yang berlainan antara satu sama lain tetapi boleh beramal dengan kesemuanya.

• أمر بلال أن يشفع الاذان ويوتر الاقامة
حدثنا نصر بن علي الجهضمي حدثنا عمر بن علي عن خالد الحذاء عن أبي قلابة عن أنس قال أمر بلال أن يشفع الأذان ويوتر الإقامة

( Sunan Ibnu Majah, Kitab azan dan perkara-perkara sunat yang berkaitan dengannya: Bab sekali sahaja beriqamah)
• أن بلالا أذن مثنى وأقام مثنى

حدثنا وكيع قال حدثنا الأعمش عن عمرو بن مرة عن ابن أبي ليلى قال حدثنا أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أن بلالا أذن مثنى وأقام مثنى وقعد قعدة

( Kitab al-Musnab: Kitab azan dan iqamah: Bab ketika azan duduk dan perbincangan di dalamnya)

5) Kadangkala terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah lafaz am tetapi yang dimaksudkan daripada lafaz itu boleh jadi umum dan boleh jadi khusus.

• يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُو
( Surah al-Maidah 6: 38)

6) Kadangkala terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah lafaz am tetapi yang dimaksudkan daripada lafaz itu boleh jadi umum dan boleh jadi khusus.

• وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
(Surah al-Hujurat 26: 13)

• لا تقطع اليد إلا في ربع دينار فما فوقه

حديث عائشة : ) تقطع اليد في ربع دينار فصاعدا ). ويروى : ( لا تقطع اليد إلا في ربع دينار ). متفق عليه باللفظين معا ، وفي لفظ : ( لم يقطع السارق على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم في أدنى من ثمن المجن ). وفي لفظ لمسلم : ( لا تقطع اليد إلا في ربع دينار فما فوقه

( Kitab had mencuri: Bab ringkasan pengkabaran dalam mengeluarkan hadith-hadith Rofie yang besar)

Pengkhususan lafaz am ialah mengubah lafaz am daripada keumumannya serta membataskannya hanya kepada sabahagian daripada makna-maknanya sahaja disebabkan ada dalil yang menunjukkan kepadanya. Maksud lain juga ialah segala penjelasan daripada nas al-Quran dan Hadith yang berbentuk umum tetapi sebenarnya mengandungi pengertian yang khusus.

Contoh firman Allah:
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا

Maksudnya:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka hukumnya potonglah tangan mereka.
(Surah al-Hujurat 26: 13)

Dalam ayat tersebut lafaz pencuri adalah umum. Namun begitu ia dikhususkan dengan hadith:
لا تقطع اليد إلا في ربع دينار فما فوقه
Maksudnya:
Tidak boleh dipotong tangan orang yang mencuri kurang ¼ dinar.

Oleh itu, pencuri yang dimaksudkan dan dijatuhkan hukuman potong tangan dalam ayat tersebut ialah pencuri yang mencuri barang yang bernilai ¼ atau lebih berserta syarat-syarat lain yang akan menyebabkan ia sabit dipotong tangan.

Oleh itu, jumhur ulama’ berpendapat pengkhususan tehadap lafaz am atau umum itu adalah harus hukumnya kecuali pada ayat-ayat tertentu.( Abdul Latif Muda 1997: 204 ). Lafaz am itu umum diketahui umum pada semua orang. Semua orang yang mengambil harta orang lain dianggap mencuri. Tetapi adakah setiap orang yang mencuri itu boleh dipotong tangannya? Secara umumnya dikhususkan pada kadar yang tertentu bagi harta yang dicuri tersebut (Ibid: 205)


1.3 SYARAT TA’ARUD

Syarat-syarat ta’arud adalah seperti berikut: ( Muhammad Adib b. Samsuddin: 2009)

1. Kedua-dua dalil tersebut mestilah saling bercanggah di antara satu sama lain.

2. Kekuatan kedua-dua dalil tersebut adalah sama sama ada pensabitannya, dalalah dan juga dari segi bilangannya.

3. Percanggahan itu mestilah pada satu mahall

4. Percanggahan itu mestilah berlaku pada waktu yang sama


1.4 HUKUM TA’ARUD


Terdapat beberapa hukum ta’arud. Antaranya ialah: (Muhammad Adib b. Samsuddin: 2009)

1. Harmonikan (al-jam’) percanggahan tersebut

2. Dibuat pentarjihan (al-tarjih)

3. Dilakukan nasakh jika diketahui tarikh dalil-dalil yang bercanggah

4. Dalil-dalil tersebut gugur (tidak boleh dijadikan hujah)


2.0 PERCANGGAHAN ANTARA DALIL-DALIL NAQLIYY DAN
PENGHARMONIANNYA

1. Percanggahan di antara dua pendapat.

• وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَء
(Surah al Baqarah 2: 228)

Pada ayat ini, perkataan quru’ mempunyai dua makna iaitu “haid” dan “suci daripada haid.” Perkataan quru’ mushtarak di antara haid dan suci.

Pada pendapat Saidina Ali, Umar, Abdullah bin Mas’ud, Ibnu Abas dan Abu Musa al-Asy’ari quru’ maknanya “haid”, lalu memutuskan bahawa tempoh iddah sebenarnya tiga kali haid. Maka mereka berpendapat suami berhak merujuk isterinya selagi belum bersuci daripada haid yang ketiga. (Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid 2004: 108)
Namun Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan Aishah memberi makna quru’ dengan makna “suci dari haid” lalu memutuskan bahawa tempoh sebenarnya bagi iddah isteri yang diceraikan ialah selama tiga kali suci daripada haid. Pada pandangan mereka suami tidak berhak merujuk isterinya setelah isterinya itu haid kali ketiga. (Ibid: 108)

2. Percanggahan di antara 'am dan khas

• وَأُوْلَتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ
(Surah at-Talak 65: 4)

• وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْراً
(Surah al-Baqarah 2: 234)


Pada ayat pertama menunjukkan ayat khas yang memberi makna tempoh iddah bagi seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya ketika mengandung ialah sehingga isterinya selamat melahirkan anak. Manakala ayat kedua menunjukkan ayat am yang menerangkan tempoh iddah bagi isteri yang diceraikan suami atau meninggal dunia ialah empat bulan sepuluh hari. Ini menunjukkan ayat pertama mengkhususkan ayat kedua. Ini kerana secara umumnya iddah bagi seorang isteri ialah empat bulan sepuluh hari sama ada dalam keadaan mengandung ataupun tidak. Manakala secara khususnya, iddah bagi seorang isteri yang mengandung ialah sehingga bersalin sama ada diceraikan atau kematian suami.
.

3. Percanggahan di antara mutlak dan muqayyad.

• فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ
(Surah al-Maidah 5: 6)

• فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ
(Surah al-Maidah 5: 6)

Pada ayat pertama menunjukkan ayat muqayyad yang menerangkan tentang pengambilan wudhu’ dan membataskan makna membasuh tangan hingga ke siku. Manakala ayat kedua menunjukkan ayat mutlak yang membawa maksud menyapu debu pada tangan tanpa memberi makna menyapu debu hingga ke siku. Maka pengharmonian yang boleh dilakukan ialah menta’wilkan makna pada ayat kedua kepada ayat pertama dengan menyapu debu hingga ke siku.

4. Percanggahan di antara mantuq dan mafhum.

• ان الماء طاهر الا ان تغير ريحه أو طعمه أو لونه
• إذا كان الماء قلتين لم يحمل الخبث
Mantuq pada ayat pertama menjelaskan air tersebut tidak menjadi air mutannajis selagi tidak berubah dari segi bau, rasa dan warna sekalipun tidak cukup dua kolah. Manakala mafhumnya pada ayat kedua menjelaskan air tersebut tidak menjadi air mutannajis sekiranya tidak cukup dua kolah. Jumhur bersepakat mafhum hadith pertama mengkhususkan mantuq hadith kedua. Pengharmoniannya di sini ialah air tersebut dikira air mutlak jika cukup dua kolah dan tidak berubah dari segi bau, rasa dan warna.


2.1 Syarat Al-Jam'

1- Kedua-dua dalil yang bercanggah itu sabit kehujahannya.

2- Tidak membawa kepada pembatalan nas syarak.

3- Pengharmonian itu tidak berdasarkan kepada penta'wilan yang tersasar.

4- Tidak bertembung dengan nas yang sahih.(Muhammad Adib Bin Samsudin: 2009)

3.0 TARJIH
3.1 PERIHAL TARJIH

Bermaksud memberatkan dan menguatkan.

Dalam Ilmu Usul bermaksud: Memberatkan atau menguatkan satu keterangan atau beberapa keterangan di antara keterangan-keterangan yang pada zahirnya kelihatan berlawanan.

Tegasnya: Di antara dalil-dalil yang pada zahirnya itu berlawanan, akan dipilih yang mana kuat menurut beberapa syarat, sebagaimana yang akan dibincangkan pada masa akan datang. Jalan Tarjih ini digunakan oleh para fuqaha’ sekiranya tidak mendapat persepakatan dalam ijmak. (Abdul Qadir Hassan 1972: 147)

Contohnya :

عن ابن عباس انه قال : تزوج رسول الله صلى الله عليه وسلم ميمونة وهو محرم (مسلم)
Maksudnya :
Dari Ibnu Abbas bahawa ia pernah berkata : “ Rasulullah s.a.w telah bernikah dengan Maimunah. Sedangkan Baginda di dalam ihram haji”.


عن يزيد بن الاصم قال : حد شتني ميمونة بنت الحرث ان رسول الله صلى الله عليه وسلم. تزوجها وهو حلال (مسلم)

Maksudnya :
Dari Yazid bin al-‘Asim, ia berkata : Maimunah binti al-Haris telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w telah bernikah dengannya, sedang Baginda ihlal haji.


Keterangan :

Dua riwayat tersebut kelihatan bertentangan. Riwayat yang pertama mengatakan bahawa Baginda bernikah dalam “ihram”, iaitu dalam mengerjakan ibadah haji.

Manakala bagi riwayat yang kedua, menetapkan Baginda bernikah dalam keadaan “ihlal” iaitu tidak dalam mengerjakan ibadah haji.

Dalam menetapkan riwayat-riwayat yang bertentangan ini, bagi fuqaha’ yang tidak dapat menggunakan ijmak, maka mereka menggunakan tarjih.

“Sebelum mentarjihkan” riwayat-riwayat di atas hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui beberapa syarat-syarat dan jenis-jenis tarjih. ( Ibid :148 )


3.2 SYARAT-SYARAT TARJIH

i) Hendaklah yang menjadi persoalan itu satu masalah yang tidak boleh berlainan. Umpamanya berkaitan tentang “haji” sebelum ini, semua riwayat-riwayat mengenai urusan haji sahaja.

Jikalau kebetulan tentang dalam masalah solat, hendaklah solat sunat dengan solat sunat dan solat wajib dengan solat wajib sahaja.

ii) Hendaklah dilihat tentang tempat, masa, syarat dan hal yang menjadi perbicaraan, sama atau tidak. Jikalau tidak sama tempatnya, tentulah bukan satu masalah.

3.3 JENIS-JENIS TARJIH

Tarjih terbahagi kepada empat hal keadaan :

i) Hal sanad (jalan hadith)
ii) Hal matan (isi hadith)
iii) Hal pengertian atau makna hadith
iv) Hal-hal luar


i) Hal sanad (jalan hadith)

Hal sanad ialah “jalan hadith” iaitu orang-orang yang meriwayatkan hadith daripada baginda seperti yang tercatat dalam kitab-kitab hadith.

Sanad tersebut akan dipilih iaitu yang mana lebih kuat, ada beberapa jalannya, telah di sebut dalam kitab-kitab usul, tetapi tidak semua.( Ibid : 149 )

Apa yang dinyatakan oleh ahli usul, dapat difahami iaitu: terdapat pendapat yang sesuai untuk digunapakai dan terdapat juga pendapat yang kurang sesuai untuk diterima pakai.
Berikut merupakan kaedah yang kebanyakannya mengguna pakai kaedah ini iaitu:

1) Hendaklah dipilih sanad yang diriwayatkan oleh ramai perawi daripada sanad yang diriwayatkan oleh perawi yang sedikit bilangannya. Hal ini demikian kerana bilangan perawi yang ramai menunjukkan keyakinan tentang kebenaran hadith tersebut.

2) Hendaklah dipilih sanad yang diriwayatkan oleh orang yang memahami, kerana dia lebih mengetahui maksud hadith yang diriwayatkannya.

3) Hendaklah dipilih sanad yang diriwayatkan oleh perawi yang boleh dipercayai.

4) Hendaklah dipilih daripada kalangan perawi yang banyak hafalannya berbanding perawi yang lain.

5) Hendaklah dipilih perawi yang menyertai di dalam sesuatu kejadian yang dinyatakannya kerana pada kebiasaannya dia lebih mengetahuinya.

6) Hendaklah dipilih sahabat yang banyak bergaul dengan Rasulullah s.a.w kerana pada kebiasaannya lebih memahami berbanding perawi yang kurang bergaul dengan baginda.

7) Hendaklah dipilih dari kalangan perawi yang mempunyai sifat terpuji melalui pengalaman berbanding yang diketahui melalui pengkhabaran yang zahir.

8) Hendaklah dipilih perawi yang menghafal lafaz hadith daripada perawi yang mengingati makna sesuatu hadith.

9) Hendaklah dipilih perawi yang lebih cepat menghafal hadith kerana mereka lebih dipercayai.

10) Hendaklah dipilih perawi yang tetap hafalannya walaupun telah tua.
11) Hendaklah dipilih hadith atau riwayat daripada perawi yang menyatakan sebab sesuatu hadith atau riwayat yang dibawa oleh seseorang perawi.

12) Hendaklah dipilih perawi yang yang mendengar hadith tersebut secara berhadapan dengan orang yang meriwayatkannya daripada hadith yang diriwayatkan melalui pendengaran iaitu tanpa berhadapan dengan orang yang meriwayatkan hadith tersebut atau dari jauh.

13) Hendaklah dipilih riwayat yang tidak menggunakan perkataan “عن” (dari), hal ini demikian kerana perkataan tersebut tidak menunjukkan bahawa perawi tersebut yang mendengar hadith itu daripada orang menceritakannya, kemungkinan dia mendengar dari orang lain, tetapi dia tidak mahu menyatakan nama disebabkan beberapa sebab.

14) Hendaklah dipilih riwayat orang yang telah baligh yang mendengar hadith daripada orang yang belum baligh.

ii) Hal matan (isi hadith)

Matan ialah kandungan hadith atau kandungan riwayat iaitu pengkhabaran selepas orang yang menceritakannya. Sebagai contoh, sabda nabi s.a.w adalah matan.

Untuk memilih matan yang lebih kuat daripada matan yang lain, terdapat beberapa kaedah. Antaranya ialah: ( Ibid: 151 )

1) Memilih kandungan hadith yang tertentu (khas) daripada yang umum (am).

2) Memilih kandungan hadith yang fasih bahasanya kerana kefasihan dapat menguatkan kepercayaan bahawa hadith tersebut diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w.
3) Memilih matan yang menunjukkan maksud yang jelas daripada yang mengandungi sindiran.

4) Memilih matan yang sesuai dengan bahasa yang digunapakai dalam agama.

5) Memilih matan yang tidak memerlukan bantuan keterangan daripada yang lain. Hal ini bermaksud matan yang jelas dan difahami.

iii) Hal pengertian atau makna hadith

Bagi memilih maksud hadith, juga terdapat beberapa kaedah, antaranya ialah:

1) Hendaklah dipilih makna yang sesuai dengan hukum asal (lihat kaedah fiqhiyyah).

2) Hendaklah dipilih makna yang lebih berkelayakan.

3) Hendaklah dipilih makna yang mempunyai hukum yang ringan seperti hukum sunat, makruh, harus, daripada hukum yang berat seperti wajib dan haram.( Ibid : 152 )

4) Hendaklah dipilih makna yang lebih sesuai dengan pertimbangan akal.

5) Hendaklah dipilih makna yang lebih diterima dan sesuai dengan maksud dan kehendak agama.

iv) Hal-hal luar

Keadaan luaran bermaksud perkara selain daripada yang dinyatakan di atas. Terdapat beberapa kaedah berkaitan perkara luaran ketika menggunakan tarjih.

1) Hendaklah dipilih hadith (riwayat) yang dibantu oleh keterangan lain.

2) Hendaklah dipilih hadith yang terang dan jelas hukumnya daripada yang mengandungi perumpamaan.

3) Hendaklah dipilih hadith (riwayat) yang lebih menyerupai al-Qur’an.

Setelah diketahui kaedah mentarjih hadith, maka dapatlah dilakukan tarjih terhadap hadith.

Sebagai contoh, perkahwinan nabi dengan Maimunah.

Dalam riwayat yang pertama, Ibnu Abbas berkata: Nabi Muhammad S.A.W berkahwin dengan Maimunah ketika ihram.

Riwayat yang kedua iaitu Maimunah sendiri yang menyatakan bahawa nabi berkahwin dengannya bukan ketika ihram. Hal ini menunjukkan pertentangan antara kedua-dua riwayat ini. Oleh itu, dalam keadaan ini pentarjihan dilakukan berdasarkan kepada:

Pandangan pertama, meneliti sanad riwayat tersebut, iaitu Ibnu Abbas yang menkhabarkan berita tersebut, tidak pasti sama ada beliau hadir atau tidak di dalam majlis perkahwinan nabi s.a.w dengan Maimunah. Maimunah menceritakan tentang dirinya sendiri. Tentu riwayat ini lebih kuat daripada riwayat Ibnu Abbas tadi.( Ibid :153 )

Pandangan kedua, Abu Rafie iaitu seorang sahabat ada juga meriwayatkan cerita itu: ia menerangkan mengenai kejadian perkahwinan itu dalam keadaan halal (bukan dalam ihram).
Pendapat Ibnu Abbas tersebut tidak dipersetujui oleh beberapa orang sahabat, sedangkan riwayat Abu Rafie itu tidak salah. Maka riwayat Abu Rafie membantu cerita Maimunah. Ini tentu lebih kuat lagi.

Pandangan ketiga, cerita maimunah dan riwayat Abu Rafie itu pula, setuju dengan larangan Nabi Muhammad S.A.W. :

لا ينكح المحرم ولا ينكح (مسلم)

باب المحرم يتزوج

حدثنا القعنبي عن مالك عن نافع عن نبيه بن وهب أخي بني عبد الدار أن عمر بن عبيد الله أرسل إلى أبان بن عثمان بن عفان يسأله وأبان يومئذ أمير الحاج وهما محرمان إني أردت أن أنكح طلحة بن عمر ابنة شيبة بن جبير فأردت أن تحضر ذلك فأنكر ذلك عليه أبان وقال إني سمعت أبي عثمان بن عفان يقول قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينكح المحرم ولا ينكح حدثنا قتيبة بن سعيد أن محمد بن جعفر حدثهم حدثنا سعيد عن مطر ويعلى بن حكيم عن نافع عن نبيه بن وهب عن أبان بن عثمان عن عثمان أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر مثله زاد ولا يخطب.

( Sunan Abu Daud, Kitab Ibadah Haji: Bab orang yang dalam ihram berkahwin).

Maksudnya:
Orang yang dalam ihram tidak boleh kahwin dan tidak boleh mengahwinkan orang lain.

Daripada tiga pendapat tersebut, dapat diambil kesimpulan bahawa riwayat Maimunah ini lebih kuat daripada riwayat Ibnu Abbas. Berdasarkan kepada cara tersebut, riwayat Maimunah yang harus dipakai.

Keterangan

1. Pandangan pertama sesuai dengan hal sanad nombor 5. (Hendaklah dipilih perawi yang menyertai di dalam sesuatu kejadian yang dinyatakannya kerana pada kebiasaannya dia lebih mengetahuinya.
2. Pandangan kedua sesuai dengan hal luaran nombor 1. (Hendaklah dipilih hadith (riwayat) yang dibantu oleh keterangan lain.)
3. Pandangan ketiga sesuai dengan hal makna nombor 5. (Hendaklah dipilih makna yang lebih diterima dan sesuai dengan maksud dan kehendak agama.) (Ibid :154 )

Dengan adanya Tarjih di atas, tertolaklah riwayat Ibnu Abbas. Ibnu Abbas seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang belum pernah ada cacat dalam ceritanya itu pula diriwayatkan oleh Muslim, seorang ahli pencatat hadith ternama yang sudah dapat dipastikan, bahawa hadith-hadith yang diriwayatkannya itu tidak ada yang lemah. Maka untuk menolak riwayatnya perlu kepada alasan yang kuat yang tidak boleh disangkal.

Dalam soal perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W dengan Maimunah itu, masih ada jalan lain yang dapat ditempuh sehingga tidak perlu ditolak riwayat Ibnu Abbas itu.

Dalam riwayat Ibnu Abbas itu, ada kata-kata muhram yang ertinya orang yang berihram. (Ibid :155)

(Muhram) di dalam Ilmu Sarf dinamakan sebagai “Isim Fael”. Isim Fael dalam bahasa ada kalanya bermakna “akan” seperti firman Allah sebelum menjadikan Nabi Adam a.s:


                     •         

Maksudnya :
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(Surah Al-Baqarah 1:30)

Dalam ayat ini ada kata-kata (Ja’ilun): Isim Fael: Maknanya akan menjadikan kerana di ketika itu Nabi Adam a.s belum dijadikan oleh Allah.

Berdasarkan kepada ini maka kata-kata (muhram) itu ertinya, akan ihram, akan mengerjakan haji bererti belum mengerjakan haji iaitu dalam keadaan halal. Ini sesuai dengan keterangan Maimunah. Dengan yang demikian, riwayat Ibnu Abbas terpakai.

Penutup

Berdasarkan perbahasan berkaitan ta’arud wa al-tarjih, dapatlah disimpulkan bahawa percanggahan antara dua dalil yang saling bertentangan antara satu sama lain. Pertentangangan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah dalalah nas bersifat zanniy, hukum yang dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w pada isu itu berbeza daripada satu keadaan dengan keadaan yang lain, salah satu dalil yang bercanggah telah dinasakh tetapi tidak diketahui oleh faqih, Nabi Muhammad s.a.w menyebut lebih daripada satu hukum syarak yang berlainan antara satu sama lain tetapi boleh beramal dengan kesemuanya.

Selain itu, kadangkala terdapat di dalam al-Quran dan al-sunnah lafaz am tetapi yang dimaksudkan daripada lafaz itu boleh jadi umum dan boleh jadi khusus dan kadangkala terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah lafaz am tetapi yang dimaksudkan daripada lafaz itu boleh jadi umum dan boleh jadi khusus. Selain itu juga, perbahasan ini mengupas tentang syarat dan hukum ta’arud. Di mana hukum ta’arud terbahagi kepada empat iaitu mengharmonikan pencanggahan tersebut, dibuat pentarjihan, dilakukan nasakh jika diketahui tarikh dalil-dalil yang bercanggah dan menggugurkan dalil-dalil tersebut.

Manakala al-tarjih pula ialah memberatkan atau menguatkan satu keterangan atau beberapa keterangan di antara keterangan-keterangan yang pada zahirnya kelihatan berlawanan. Kaedah tarjih ini digunakan oleh para ulama sekiranya mereka tidak menemui persepakatan melalui ijmak.

Di sini kupasan mendalam berkaitan syarat-syarat dan jenis-jenis tarjih yang terdiri daripada hal sanad, hal matan, hal pengertian atau makna hadith dan hal-hal luar. Selain itu juga, cara mengeluarkan hukum turut dibincangkan dalam perbahasan berkaitan ta’arud wa al-tarjih ini. Hal ini demikian kerana bagi memudahkan kita untuk memahami tajuk perbahasan ini. Di samping itu, perkaitan antara ta’arud dan tarjih juga dikupas dalam perbahasan ini misalnya apabila terdapat dua qiyas atau dua dalil, kedua-duanya tidak berbeza dan tidak mengutamakan salah satu daripadanya, maka patut mengelakkan daripada mengambil dalil kedua qiyas atau kedua dalil tersebut.

Di dalam perbahasan ini juga menyentuh tentang percanggahan antara dalil-dalil naqliyy dan pengharmoniannya. Percanggahan ini terdiri daripada percanggahan di antara dua pendapat, pencanggahan di antara am dan khas, percanggahan di antara mutlak dan muqayyad dan percanggahan di antara mantuq dan mafhum

RUJUKAN

1) Al-Quranul Karim.

2) Fadilah Sarnap. 1998. Perundangan Islam Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya. Kuala Lumpur: Perniagaan Jahabersa.

3) Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid. 2004. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

4) Abdul Latif Muda B.A, M.A. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

5) Abdul Qadir Hassan. 1972. Usul Fiqh. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

6) KH. Masdar Helmy. 1996. Ilmu Ushulul Fiqh. Bandung: Gema Risalah Press.

7) Muhammad Adib Bin Samsudin. Nota Kuliah 8.

DISEDIAKAN OLEH:

SURIATI BT SULAIMAN A115728
NABILAH BINTI AMRAN A126374

RAZIN ULFAH BT ZAHAB A126201
IZZAH HANANI BT SUHAIMI A126092
SITI NUR ZUHAILI BT HUSSIN A112355
NOORADZLINA BT ABD MANAN A126126
NURZULHUSNI BT ZAINAL ABIDIN A126131
SHARIFAH SUHAILEY BT SYED AZIZ A126133

Friday, April 24, 2009

'URF


PENDAHULUAN


‘Urf merupakan salah satu sumber penting untuk mengeluarkan hukum syarak walaupun ada di kalangan para ulama yang tidak mengiktirafkannya sebagai salah satu sumber yang muktabar. Namun begitu, para ulama yang mengiktirafkannya melihat ia sebagai salah satu sumber yang amat penting terutama dalam permasalahan yang berkaitan dengan hubungan antara sesama makhluk dan dalam beberapa aspek lain juga tidak dapat di nafikan, kerana di sana ada persoalan yang tidak dapat di selesaikan dengan menggunakan sumber-sumber yang disepakati iaitu al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qiyas.


Oleh itu, perbincangan yang akan dikemukakan dan akan memperjelaskan keadaan sebenar ‘urf sebagai salah satu sumber perundangan yang tidak disepakati ini akan diterangkan dalam perbincangan di bawah dengan sekadarnya.




PENGENALAN ‘URF DAN ADAT


Definisi ‘urf dari segi bahasa:


Takrifan al-‘urf dari sudut bahasa arab ialah ma'rifah (pengetahuan) dan maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang ma'ruf dan sikap yang dianggap baik oleh akal yang sejahtera.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 181) Al-Quran telah menggunakan al-‘urf dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf seperti firman Allah swt:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Maksudnya:

“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).” (al-Quran, al-A’raaf, 7:199)


Definisi ‘urf dari segi istilah syarak;


Para ulama mempunyai pelbagai takrifan mengenai ‘urf dari segi istilah, antara takrif tersebut ialah seperti yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitabnya daripada kitab ulama-ulama yang terkenal antaranya ialah;

Mengikut Abu Sunnah, ‘urf adalah “setiap yang tetap dalam diri dari sudut pandangan akal dan diterima oleh tabiat yang baik”. Jurjani pula mentakrifkan ‘urf sebagai “setiap yang tetap dalam diri dengan disaksikan oleh akal dan diterima oleh tabiat yang baik.” Dan Sayyid Salih Awad mentakrifkan ‘urf itu sebagai “setiap yang tetap dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima oleh tabiat yang baik dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta tidak ditolak oleh syarak”. Menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa’ ‘urf itu sebagai adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan
atau amalan.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 63). Abdul Karim Zaidan mentakrifkan ‘urf sebagai “setiap (perkataan dan perbuatan) yang biasa dalam masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan.” (Abdul Karim Zaidan 2004: 201). ’Urf juga ditakrifkan sebagai perkara yang tetap di dalam diri manusia dari segi akal fikiran dan diterima baik oleh tabiat yang sejahtera.(Hasan B. Haji Ahmad Dahn, Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 337)


Maka bagi rumusan takrif daripada pendapat para ulama, penulis mengemukakan pendapat yang dikeluarkan oleh Imam al-Ghazali yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitab beliau iaitu “sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat sejahtera. Atau juga ’urf itu sesuatu yang menjadi tabiat manusia yang mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera lahir dari penghuni sesebuah negeri Islam dengan syarat ia tidak berlawanan dengan syarak”.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 183)


PENGERTIAN ADAT


Adat dari segi bahasa diambil dari perkataan العود أو المعاودة dengan makna berulang kali. Ia merupakan nama kepada pengulangan perbuatan berkali-kali sehingga menjadi mudah dilakukannya seperti suatu tabiat, justeru dikatakan

الأمر المتكررمن غير علاقة عقلية
Maksudnya:

“Perkara yang dilakukan berulang kali tampa mempunyai hubungan ‘aqliyyah.” (Ibid 2005: 182)

Jelasnya dari takrif di atas bahawa adat pada istilah mempunyai suatu pengertian yang lebih umum berbanding ’urf kerana ia mempunyai suatu pengertian yang syumul dan luas ruang lingkupnya termasuklah mencakupi adat yang lahir dari faktor tabi’e, adat individu dan adat orang ramai.


Hubungan antara ‘urf dan adat


Dalam merumuskan hubungan antara ‘urf dan adat penulis mengemukakan pendapat yang dikelauarkan oleh Abdul Karim Zaidan dengan kata beliau:

‘Urf ialah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat dalam kehidupan harian, sama ada perkataan mahupun perbuatan. Maka ‘urf dan adat menurut pandangan fuqaha memberi erti yang sama. Apabila mereka berkata “hukum ini sabit dengan adat dan ‘urf” bukanlah bererti adat berlainan dengan ‘urf, bahkan kedua-duanya itu satu maksud saja. Sebutan kalimah adat itu bertujuan untuk mengukuhkan sahaja.” (Abdul Karim Zaidan 2004: 201)


PEMBAHAGIAN ‘URF


‘Urf terbahagi kepada tiga bahagian,iaitu:


i) Dari aspek kandungan
ii) Dari aspek ruang lingkup
iii) Dari aspek syarak
Pertama: dari aspek kandungan - pembahagian ‘urf kepada perkataan atau lafaz dan perbuatan atau amali.


‘Urf perkataan atau lafaz


‘Urf ialah penggunaan sesuatu perkataan atau ayat di kalangan sesetengah masyarakat yang berbeza dengan makna asal. Ia dapat difahami secara spontan tanpa memerlukan perantaraan, penunjuk(qarinah) atau pengamatan.Jika sesuatu perkataan atau ayat difahami dengan menggunakan penunjuk atau logik akal ia adalah majaz bukannya ‘urf. ( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 10 )


Contoh bagi majaz yang difahami dengan perantaraan penunjuk (qarinah) ialah seseorang memberikan sesuatu kepada seseorang yang lain dengan berkata: “aku berikannya dengan bayaran sekian”. Kita akan fahaminya sebagai akad jual beli bukannya pemberian (hibah) dengan perantaraan perkataan bayaran sebagai penunjuk lafaz (qarinah lafziyyah). ( Ibid: 10 )


Contoh bagi majaz yang difahami dengan perantaraan logik akal ialah jika seseorang berkata “ mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas si anu”. Kita akan fahami bahawa hakim yang menjatuhkan hukuman bukan mahkamah berdasarkan logik akal. (Ibid: 10)

Perkataan-perkataan yang menjadi kebiasaan untuk maksud-maksud tertentu yang berbeza dengan maksud asal perkataan-perkataan tersebut seperti perkataan “walad” (ولد) digunakan pada urf untuk kanak-kanak lelaki sahaja sedangkan maksud asalnya merangkumi lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan perkataan “al -Laham”(الحما)(daging) yang pada ‘urf adalah semua jenis daging kecuali daging ikan. Sedangkan maksud asalnya merangkumi semua jenis daging. ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 66 )


Jika seseorang itu bersumpah tidak akan memakan daging, ia tidak kira melanggar sumpahnya atau berdosa dengan memakan ikan. Ini kerana ‘urf perkataan tidak menamakan ikan sebagai daging.


‘Urf perkataan terbahagi kepada dua bahagian. Jika penggunaan perkataan secara ‘uruf itu dari segi adat kebiasaan sesuatu tempat, ia dikenali sebagai hakikat ‘uruf (haqiqah urfiyyah). Sementara itu,jika penggunaanya dari segi syarak ia dikenali dengan hakikat syarak (haqiqah syar’iyyah). Umpamanya penggunaan perkataan solat dan zakat sebagai ibadah yang difahami di dalam realiti syarak sedangkan makna asal bagi solat di dalam bahasa arab ialah doa dan zakat ialah penyucian. (Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 10 )


̀Urf perbuatan atau amali


̀̀Urf amali ialah perbuatan atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan manusia. Perbuatan atau amalan tersebut sama ada dari segi kegiatan biasa atau kegiatan kemasyarakatan. Maksud kegiatan biasa adalah kegiatan yang bersangkutan dengan kehidupan biasa tanpa melibatkan akad dan hak seperti makan, minum, pakaian,dan sebagainya. Maksud kegiatan kemasyarakatan pula ialah kegiatan yang bersangkutan denagn akad dan hak seperti nikah, jual beli, rampasan, dan lain-lain. ( Ibid: 12 )

Contoh ’urf amali ialah dari segi kegiatan biasa ialah kebiasaan masyarakat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan asasi. Contoh bagi ’urf amali dari segi urusan kemasyarakatan ialah kebiasaan penjual di sesetengah tempat menghantar barangan jualan yang berat ke kediaman pembeli dan kebiasaan masyarakat berjual beli tanpa lafaz ijab dan qabul. ( Ibid: 12 )

Perbuatan yang menjadi kebiasaan di kalangan manusia seperti jual beli Mu’atah (معاطاة) (proses jual beli tanpa ijab dan qabul), penggunaan tandas awam tanpa ditetapkan tempoh masa dan jumlah air yang digunakan, istisna’ (استصناع) (tempahan membuat barangan seperti kasut, pakaian, dan sebagainya), hidangan makanan kepada tetamu merupakan keizinan untuk makan dan sebagainya. . ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 66)


Kedua : dari aspek ruang lingkup -pembahagian ‘uruf kepada al-am (umum) dan al-khas(khusus).


‘Urf am


Perbuatan atau perkataan yang menjadi kebiasaan bagi seluruh penduduk semua negara Islam sama ada ia baru atau lama, atau dengan kata lain ‘urf am ialah sesuatu perkara yang sentiasa diamalkan oleh seluruh umat Islam. ( Ibid: 66)


Contoh ‘urf am ialah akad tempahan (akad al-istisna’) iaitu jual beli melalui tempahan dengan mendahulukan bayaran cengkeram.Ia amat diperlukan oleh manusia sejak sekian lama,begitu juga pada hari ini,kita tidak dapat lari dari muamalat seumpama ini. Begitu juga dengan bayaran penggunaan tandas awam tanpa mengira kadar air dan tempoh berada di dalamnya. Kedua-dua perkara tersebut telah menjadi amalan biasa masyarakat antarabangsa sejak zaman berzaman. Ia tidak dianggap bercanggah dengan prinsip dan sistem kehidupan masyarakat sejagat. Contoh lain ialah seperti lafaz talak yang digunakan untuk perceraian oleh seluruh umat Islam walaupun pada asalnya tidak bermaksud untuk tujuan tersebut sahaja. ( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 12 )



‘Urf khas


‘Urf khas ialah perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sesebuah negara,masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu. Ia berbeza mengikut keadaan dan situasi yang mempengaruhinya. (Ibid: 13)


Contoh ‘urf khas ialah kebiasaan masyarakat Islam melayu tidak berkasut di dalam rumah dan menganggap perbuatan memakai kasut di dalam rumah sebagai tingkah laku yang kurang sopan.Contoh kedua ialah kebiasaan di sesetengah tempat meletakkan tanggungjawab membayar bil ke atas pemilik rumah sewa bukannya penyewa. Seperti ‘uruf di Iraq yang membahagikan mas kahwin kepada tangguh dan segera. (Ibid:13 )


Perbezaan antara ‘urf am dan ‘urf khas dari segi hukum syarak


1. Ruang lingkup hukum yang berdasarkan ‘uruf am adalah lebih luas berbanding ‘urf khas.
2. Hukum ‘urf am boleh mengkhususkan hukum yang berdasarkan nas syarak. Sementara hukum ‘urf khas tidak dapat melakukannya mengikut pendapat yang terkuat di dalam mazhab Hanafi.


Apabila berlaku percanggahan antara ‘urf khas dan ‘urf am, hukum syarak adalah berdasarkan ‘urf am jika ‘uruf khas itu di kalangan kumpulan yang kecil. Tetapi jika ‘urf khas di kalangan kumpulan yang ramai, maka hukum adalah didasarkan kepadakhas khusus untuk kumpulan tersebut sahaja kerana hukum am tidak didasarkan kepada ‘urf khas. . ( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 14 )


Merujuk kepada pembahagian tersebut, didapati ia telah mengenepikan perkara-perkara yang berulang-ulang dan menjadi kebiasaan di kalangan seseorang individu. Ini adalah sebahagian dari ‘urf menurut penggunaannya yang luas. Bahkan dari satu sudut ia juga mempunyai kedudukan dalam penetapan hukum Fiqh. Contohnya untuk menentukan kadar nafkah yang diwajibkan ke atas seseorang suami,ia hendaklah merujuk kepada ‘urf iaitu taraf hidup suami serta keperluan keluarganya.( Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 14 )


Ketiga : dari aspek syarak –pembahagian ‘urf kepada sahih (betul) dan fasid (batal).


‘Uruf sahih


‘Uruf sahih ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia dan tidak bertentangan dengan nas syarak, ijmak, maslahah, dan tidak membawa kepada kemudaratan. ‘Uruf sahih ini mungkin berdasarkan dalil syarak seperti kewajipan suami memberi nafkah makanan dan pakaian kepada isteri mengikut kemampuan, ,(Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 64). Perkara ini disebut oleh Allah dalam al-Quran:

يرضعن أولادهن حولين كا ملين لمن أ راد أ ن يتم الرضاعة وعلى والوالدات
المولود له رزقهن وكسوتهن با لمعروف

Maksudnya:

“ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu mengikut cara yang sepatutnya.” ( al-Quran,al-Baqarah: 233)






Contoh ‘urf sahih ialah jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul adalah ‘urf sahih kerana ia tidak bercanggah dengan mana-mana nas al-Quran dan as-Sunnah. ‘Urf sahih juga merangkumi banyak perkara yang merupakan ‘urf di zaman Jahiliyyah dan selepas itu diakui oleh Islam seperti al-Diyah dan al-Salam. ( Ibid: 65)


Kemungkinan juga ‘urf sahih tidak berdasarkan kepada dalil syarak tetapi ianya membawa kepada kebaikan dan dapat menjauhi kemusnahan seperti ‘urf dalam pertunangan, iaitu pihak lelaki menghadiahkan cincin, pakaian, dan sebagainya kepada pihak perempuan dan ianya tidak dikira sebagai mahar ( mas kahwin). (Ibid: 65)


‘Urf fasid


‘Urf fasid ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia tetapi bertentangan dengan syarak atau sesuatu yang menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. ‘Urf fasid juga adalah setiap yang menyalahi syarak dan membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan seperti pinjaman yang berbentuk riba sama ada daripada bank atau individu, permainan berbentuk perjudian, pelacuran, dan sebagainya. Walaupun kegiatan-kegiatan ini telah menjadi lumrah di kalangan sesetengah masyarakat tetapi ia adalah bercanggah dengan nas-nas al-Quran yang jelas. ( Ibid: 65 )










Percanggahan antara ‘urf dengan nas boleh berlaku dalam dua keadaan:


Keadaan pertama: Percanggahan secara umum.


Apabila berlaku percanggahan antara ‘urf dengan kehendak nas qat’iyy, ‘urf ini dikira terbatal. Ini berdasarkan kepada prinsip syarak yang mendahulukan nas sebagai sumber utama perundangan Islam. Namun jika hukum dari nas qat’iyy berlandaskan ‘uruf tertentu, ketika itu ‘urf dan nas tersebut diamalkan secara bersama (tawfiq). Ini bermakna jika ‘urf tersebut sudah berubah maka ‘urf yang baru akan mengubah ketetapan hukum tersebut. (Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 17 )


Keadaan kedua: Percanggahan secara khusus.


Apabila percanggahan berlaku antara nas qat’iyy yang bersifat umum dengan ‘urf yang bersifat khusus,hukum ‘urf tidak terbatal, sebaliknya ia berkuatkuasa dalam ruang lingkupnya yang khusus.Oleh itu, para ahli fiqh mengharuskan akad tempahan walaupun ia kelihatan bercanggah dengan sebuah hadis baginda saw yang mafhumnya berbunyi jangan menjual barang yang tiada disisi kamu.( Ibid: 18 )


Akad tempahan telah dikecualikan dari umum hadis tadi memandangkan ia adalah ‘urf yang sudah menjadi keperluan umum.Pengecualian ini tidak membatalkan hukum umum hadis sebaliknya ia adalah satu langkah untuk menggunakan dalil nas dan ‘urf sekaligus berdasarkan kaedah;


اعما ل الد ليلين أ ولى من الغاء أحدهما
Maksudnya:

“Menggunakan kedua-dua dalil sekaligus adalah lebih baik dari membatalkan salah satu darinya.”


Penentuan sesuatu ‘urf sama ada ia sahih atau fasid adalah berdasarkan pertimbangan dari nas serta prinsip umum syarak. Ketiga-tiga jenis pembahagian lepas adalah berdasarkan aspek yang berbeza.Kadangkala sesuatu ‘urf bersifat am, perkataan, atau perbuatan dan sahih atau fasid dalam satu masa. Begitu juga keadaannya jika ia bersifat khas. Akad tempahan umpamanya adalah ‘urf yang bersifat am, perkataan, serta sahih dan percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram (haram berkahwin) di dalam sesuatu majlis keraian dan perayaan ialah ‘urf yang bersifat khas, perbuatan serta fasid. (Ibid: 19)


KEHUJAHAN ‘URF


Yang dimaksudkan dengan kehujahan uruf sebagai sumber ialah beramal dengannya. ‘Urf tidak dianggap sebagai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil dan hukum-hukum syarak yang tetap dan tidak berubah, walaupun suasana dan adat berubah. (Abd Latif Muda 1997 :135)


Justeru, mana-mana ‘urf yang bertentangan dengan nas atau hukum mestilah sama-sama kita berusaha untuk menghapuskannya dan meninggalkannya. Firman Allah:

ولاتعاونوا على الاثم والعدون






Maksudnya:

”Dan janganlah kamu bertolong-menolong pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan....(al-Quran, al-Ma’idah 5;2)


Ulama Hanafi dan Maliki menerima ’urf sebagai hujah hukum. ’Urf yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak mestilah diambil kira dalam pembinaan hukum dan membuat keputusan.Oleh itu,mujtahid dan kadi mestilah menilainya dalam membuat keputusan.Sebagai contoh, syarak mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik serta tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diyat terhadap aqilah iaitu keluarga pembunuh. (Ibid: 138).


Selain itu,kebanyakan orang sekarang ini yang mengamalkan adat-adat perniagaan,sistem kehakiman dan kemasyarakatan yang keperluan-keperluan mereka menghendakinya,kerana matlamat disyariatkan hukum ialah memperbaiki keadaan manusia, menegakkan keadilan diantara mereka dan menolak kesempitan daripada mereka, maka jika sekiranya tidak diraikan di dalam mensyariatkan hukum yang biasa dilakukan oleh orang ramai dan orang yang mempunyai akal yang waras dan tabiat yang sejahtera, nescaya terjerumus mereka ke dalam kesempitan dan jadilah syariat Islam bertentangan dengan matlamat yang dibinakan hukum ke atasnya.( Hasan B.Haji Ahmad 2002: 345)


Oleh itu, Islam memperakui banyak perkara yang telah menjadi kebiasaan orang-orang Arab melakukannya sebelum Islam dengan menyusunnya untuk mereka, seperti jual beli, gadai, sewa-menyewa, nikah dan sebagainya dan ia tidak menghapuskan kecuali perkara memudharatkan atau merosakkan seperti riba, berjudi, membunuh anak-anak perempuan dan mengikat perempuan daripada menerima pusaka.


Namun begitu, mereka tidak sepakat mengenai kehujahan ’urf jika ia merupakan perkara yang biasa dilakukan oleh orang ramai yang terdiri dari cara-cara mentadbirkan perkataan dan khutbah yang selalu berlaku di kalangan mereka dan amalan-amalan berkaitan dengan urusan muamalah yang selalu mereka lakukan yang mana tidak ada dalil syarak yang menghalang atau yang mengsabitkannya. (Ibid: 346)


Namun begitu, ‛urf yang fasid dan bertentangan dengan syarak tidak boleh diikuti sama sekali. Ulama, mujtahid serta kadi mestilah meninggalkannya dalam mengeluarkan keputusan. Ini kerana ’urf tersebut bertentangan dengan dalil syarak dan juga menyebabakan terbatalnya hukum syarak.Sebagai contoh ialah amalan riba yang berlaku dalam adat masyarakat jahilliyah terus diharamkan dalam syariat. (Abdul Latif Muda 1997:138)


Bagi Syafie dan Hanbali pula, meraka tidak menjadikan ‛urf ini sebagai hujah dalam mengeluarkan suatu hukum. Selain itu,‛uruf tidak dianggap sebaai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil syarak dan hukumnya yang tetap dan tidak berubah dengan sebab berlainan suasana dan adat-adat,kerana berhujah dengannya bererti membelakangkan nas-nas syarak yang qat’iyy dan mengikut hawa nafsu serta membatalkan syariat-syariat kerana syariat tidak datang untuk memperakui perkara-perkara yang mudharat dan rosak. Oleh yang demikian diketepikan ‛urf itu dan tolong-menolong menghapuskannya,kerana redha dengannya bererti tolong-menolong melakukan perkara dosa dan permusuhan.( Hasan B.Haji Ahmad 2002: 347)


SYARAT-SYARAT KEHUJAHAN ‘URF


Kehujahan ‘urf bukan secara mutlak bahkan ianya dikaitkan dengan syarat-syarat tertentu, syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :


1. ‘Urf mestilah “muttaridan”(مضطردا) dan “ghaliban (غالبا)”

Muttaridan bermaksud kulliyyah iaitu bersifat menyeluruh dan dapat digunapakai secara umum, tersebar luas dan diketahui semua. Manakala “ghaliban” pula bermaksud majoriti iaitu diamalkan oleh majoriti manusia. ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 71)


2.‘Urf itu mestilah tidak bertentangan dengan nas syarak

- Iaitu tidak bertentangan dengan nas yang sabit, dalil-dalil syarak yang lain dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika ia bertentangan dengan perkara tersebut, maka sudah tentu ‘Urf itu tertolak dan tidak digunapakai dalam syarak.(Ibid: 71)


3. ‘Urf yang menjadi sandaran mestilah wujud semasa hukum dikeluarkan
melaluinya.


- ‘Urf tersebut mestilah diamalkan secara meluas sama ada yang berbentuk perkataan atau perbuatan semasa sesuatu hukum dikeluarkan melaluinya, jika sesuatu hukum dikeluarkan melalui ‘urf yang sudah tidak diamalkan lagi maka hukum tersebut tidak dianggap “muhakkamah”.(Ibid: 71)


3. Tidak ada sesuatu yang mengingkari ‘urf

- ‘Urf mestilah bersih dari sebarang pembatalan yang jelas oleh kata-kata atau perbuatan. Sebagai contoh, jika ‘Urf untuk bayaran di kedai tertentu adalah “taqsit” (ansuran) maka ia akan terbatal sekiranya pihak pembeli menjelaskan untuk membayar tunai. Begitu juga jika pada ‘urf, kos penghantaran barang adalah tanggungan penjual, akan terbatal jika kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meletakkan kos tersebut kepada pembeli. Oleh itu, ulama’ telah menyebutkan:

ما يثبت بالعرف بدون ذكر, لا يثبت اذا نص على خلافه
Ertinya :

“Apa yang sabit dengan ‘urf tanpa sebutan (tentangan), tidak akan
thabit jika ada kenyataan yang menentangnya.”(Ibid: 71)



HUKUM BERAMAL DENGAN ‘URF ATAU ADAT


Ketika kedatangan Islam, masyarakat Arab mempunyai berbagai-bagai adat resam, kemudian ia memperakukan mana-mana adat yang sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam, seterusnya ditolak mana-mana adat yang bercanggah dengan syariatnya. Kemudian dipinda atau diperbaiki beberapa ‘urf dan adat supaya selaras dengan haluan dan matlamatnya.


Adapun ‘urf yang sahih, maka wajib diberi perhatian dalam perundangan dan kehakiman. Seseorang mujtahid wajib mengambil kira ‘urf dalam proses pembinaan hukum. Demikian juga seorang hakim mesti mengambil kira ‘urf dalam kehakimannya, kerana sesuatu adat yang dikenali dan dihayati oleh masyarakat telah menjadi sebahagian daripada keperluan mereka di samping ia selari dengan kepentingan-kepentingan mereka. Justeru, selagi adat itu tidak bercanggah dengan syarak, wajiblah diambilkira.Terdapat beberapa adat yang baik dari kalangan orang Arab telah diberi perhatian oleh syarak dalam perundangan, seperti kewajipan diyat ke atas ‘aqilah dan syarat kafalah dalam perkahwinan. ( Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005:191)


Sementara ‘urf fasid tidak boleh diambilkira kerana jelas percanggahannya dengan dalil syara’ atau membatalkan hukum syarak. Kebiasaan bermuamalah riba atau melakukan akad yang ada unsur-unsur penipuan tidak boleh mengharuskan akad muamalah tersebut diteruskan. Kerana inilah dalam undang-undang ciptaan manusia, ‘urf yang berlawanan dengan perlembagaan atau peraturan am tidak boleh diambilkira, tetapi yang akan diberi perhatian dalam akad seperti ini adalah dari aspek lain, yakni apakah akad ini dianggap sebahagian dari darurat atau keperluan manusia? Jikalau dibatal , apakah boleh menyebabkan kepincangan sistem kehidupan mereka atau ditimpa kesulitan dan kesusahan, ataupun tidak ada kesan apa-apa? Lantaran itu, jika ‘urf itu sebahagian dari daruriyyat atau hajiyyat mereka, maka ia diharuskan kerana darurat mengharuskan yang dilarang, sedangkan hajat pula boleh disamakan dengan darurat dalam perkara ini. Sebaliknya, jika ‘urf itu bukan dari daruriyyat atau hajiyyat mereka, nescaya dihukumkan batal ‘urf itu dan tidak boleh diambilkira ‘urf yang berlaku. Dengan kata lain bahawa hendaklah beramal dengan ’urf di kalangan pengamalnya berterusan di dalam semua masalah. Tidak tercicir ia di dalam satu masalah daripadanya, atau tidak beramal dengannya itu berlaku pada kebanyakan masalah-masalah tidak pada kesemuanya.( Haji Hasan B. Haji Ahmad Dahn, Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 342)


‘URF YANG BERCANGGAH DENGAN NAS


Walaupun syarat beramal dengan ‘urf itu mestilah ia tidak bercanggah atau berlawanan dengan nas yang telah dibincangkan, namun perlu diperincikan lagi perbahasannya kerana dalil-dalil syarak itu adakalanya khas dan adakalanya am. Apabila terdapat percanggahan ‘urf dengan dalil-dalil syara’, maka ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-


1. ‘Urf yang bercanggah dengan nas yang khas

- Ditegaskan oleh ulama bahawa :

كل ما ورد الشرع بخلافه فهو غير معتبر

Maksudnya :

“Setiap ‘urf yang ada dalil syara’ menyalahinya, maka ‘urf itu tidak diambilkira.”


Oleh itu ‘urf yang jelas bercanggah dengan nas tidak mempunyai nilai pandangan pada syarak, bahkan wajib dihapus dan dibasmi. Ini tidak terkecuali sama ada ‘urf itu khas atau am, terjadi setelah turunnya dalil atau sebelumnya. Justeru, mengguna pakai ‘urf yang bercanggah dengan nas bererti menafikan peranan nas dalam pembinaan hukum. (Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 192)


Namun begitu, para fuqaha mengecualikan satu perkara iaitu apabila nas itu sendiri ketika turunnya atau ketika datangnya bersandarkan kepada ‘uruf yang memang sudah sedia ada dan di’illatkan kepadanya. Nas yang seperti ini memperhatikan ‘urf atau adat istiadat masyarakat, oleh kerana itu hukumnya akan bergantung kepada ‘urf dan akan berubah apabila ‘urf itu berubah. Sebahagian fuqaha mengecualikan keadaan darurat yang sangat mendesak, sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama:

ليس للفقيه أن يفتي أو يقضي بما جرى به العرف المخالف لأصل من أصول الشريعة الا أن تدعو الى ما جرى به العرف المخالف ضرورة , فيكون الحكم مبنيا على مراعاة الضرورة , ويدجل في قبيل الرخصة التي يقررها الفقية على جهة الجتهاد.
Maksudnya:

“Tidak harus bagi seorang faqih memberi fatwa atau hukuman dengan sesuatu yang dikehendaki oleh ‘uruf yang bercanggah dengan dasar-dasar syariat Islam kecuali apabila ada sesuatu darurat yang memerlukan hokum itu dibina berdasarkan darurat tersebut dan ia termasuk dalam konsep rukhsah yang diakui oleh faqih atas dasar ijtihad.” (Ibid; 192)



2. ‘Urf yang bercanggah dengan nas yang am


- ‘Urf yang bercanggah dengan nas syarak yang am terbahagi dua bahagian :

a) ‘Urf yang telah sedia ada sebelum datangnya nas dan ia pula terbahagi kepada dua jenis iaitu lafzi dan amali.


i- ‘Urf lafzi : para fuqaha sepakat mengambilnya sebagai asas penentuan hukum dan diberikan kedudukan sebagai nas syarak yang am di dalam batas maknanya yang ‘urfi, sebagaimana kaedah mengatakan :

يحمل اللفظ على معناه الحقيقي ما لم تكون قرينة على ارادة المجاز
Maksudnya:

“Hendaklah diberikan lafaz itu maknanya yang hakiki, selama tidak ada qarinah atau petanda yang menghendaki makna majazi.”


‘Urf lafzi itu akan menjadi maknanya yang hakiki menurut ‘urf(حقيقة عرفية) , sedangkan makna itu pula perlu didahulukan dari makna segi bahasa seperti salah, siyam dan haji. Maka lafaz-lafaz ini adalah dimaksudkan dengan makna dari segi ‘urf syarak, walaupun ia bercanggah dengan makna dari segi bahasa. (Ibid: 150)


ii- Sementara ‘urf amali : para fuqaha berbeza pandapat, apakah ia boleh mentakhsis nas yang am atau tidak? Sebahagian fuqaha berpendapat ‘urf amali al-am boleh mentakhsiskan nas yang am iaitu dengan melaksanakan ‘urf pada tempat dan melaksanakan nas pada amnya. Ini bukan bererti menghapuskan peranan nas itu, tetapi melaksanakan ‘urf dan nas bersama, sebagaimana kaedah yang menegaskan :




اعمال النصين معا أولى من اهمال أحدهما
Maksudnya :

“Melaksanakan kedua-dua nas bersama lebih baik daripada meninggalkan salah satu daripadanya.”


Contohnya seperti hadis Rasulullah yang melarang seseorang untuk menjual sesuatu yang tidak dimilikinya, maka nas ini adalah umum bagi semua jenis perniagaan. Namun begitu, ada hadis Rasulullah juga membenarkan perniagaan al-salam iaitu menjual sesuatu yang tidak dimiliki oleh penjual dengan cara membayar terlebih dahulu sebelumnya adanya sesuatu itu. Amalan itu dibenarkan kerana adanya kemaslahatan dan masyarakat memerlukannya, sedangkan perniagaan al-salam itu berdasarkan kepada adat kebiasaan yang berlaku di Madinah. Maka ‘urf di sini mentakhsiskan atau mengecualikan perniagaan al-salam daripada amnya yang terdapat pada nas, bahkan dilaksanakan hukum nas yang am di samping hukum ‘urf yang khas. Kepentingannya di sini bahawa ’urf juga termasuk dalam pemeliharaan masalih mursalah. (KH. Masdar Helmy 1996: 152)


Adapun ‘urf yang khas apabila bercanggah dengan nas yang am, maka pendapat yang terkuat bahawa ‘urf tersebut tidak boleh mentakhsiskan nas yang am. Kata ulamak berkata :

هل يعتبر في بنأ الأحكام , العرف العام أو مطلق العرف ولو كان خاصا؟ المذهب الأول


Maksudnya:

“Dalam pembinaan hukum apakah diambilkira ‘urf yang am, atau semata-mata ‘urf walaupun yang khas? Menurut mazhab (pendapat yang rajah) ialah pendapat yang pertama.”


Dan telah disebut oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad pendapat Al-Imam al-Qarafi dalam kitabnya bahawa ‘urf amali tidak boleh mentakhsiskan yang am.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 194)


b) ‘Urf yang terjadi setelah datangnya nas, iaitu para fuqaha mujtahidin sependapat bahawa ‘urf tersebut tidak boleh mentakhsiskan nas yang am, walaupun ‘urf itu am kerana ;‘urf yang terjadi setelah datangnya nas yang menjelaskan hukum syarak dan telah pun dilaksanakan hukum tersebut. Apabila datangnya ‘urf yang mentakhsiskan nas tersebut bererti menasakhkan hukum nas itu sendiri, sedang ‘urf tidak boleh menasakhkan nas kerana di antara syarat yang membolehkan ‘urf itu diamalkan ialah ‘urf itu wujud sebelum datangnya nas kerana ‘urf lafzi yang sedia ada ketika datangnya nas sahaja boleh menafsir dan menentukan kehendak syarak daripada nasnya. (Ibid: 151)


4. ‘Urf yang bercanggah dengan dalil-dalil ijtihad


- Apabila ‘urf bercanggah dengan qiyas,istihsan, masalih mursalah, istihab dan lain-lain dalil ijtihad, yang diambilkira ialah ‘urf. Sementara qiyas dan seumpamanya, menurut jumhur fuqaha hendaklah ditinggalkan dan tidak boleh dilaksanakan lagi. Dan ditegaskan oleh ulama:

فاذا تعارض العرف مع القياس , فتكاد تتفق كلمة الفقهأ على أن القياس يترك بالعرف, لأنه دليل الحاجة, فهو أقوى من القياس , فيترجح عليه عند التعارض.

Maksudnya:

“Maka apabila bercanggah ‘urf dengan qiyas , maka hampir sepakat pendapat para fuqaha bahawa qiyas itu ditinggalkan dengan sebab adanya ‘urf, kerana ia adalah tanda keperluan masyarakat, maka ia lebih kuat daripada qiyas dan diutamakan atasnya apabila ada percanggahan.”


Begitu juga ada setengah ulama berkata:

وقد يترك القياس بالعرف ولهذا صح عقد الاستصنع , لجريان الغرف به , وان كان قياس لا يصح لأنه عقد على معدوم.

Maksudnya :

“Dan kadang kala ditinggalkan qiyas dengan sebab adnya ‘urf dan oleh kerana inilah sah akad isyisna’ (kontrak tempahan) kerana ‘urf telah mengamalkannya, walaupun menurut hukum qiyas tidak sah, kerana ia merupakan akad ke atas sesuatu yang tidak wujud.” .(Ibid: 197)


Apabila ‘urf itu didahulukan daripada qiyas, sedangkan qiyas itu bergantung kepada nas syarak, iaitu asal yang diqiyaskan ke atasnya, maka mendahulukan ‘urf atas istihsan dan masalih mursalah yang tidak bergantung kepada nas lebih aula.





‘URF DIRUJUK BAGI MENAFSIRKAN NAS


Sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa ‘urf merupakan tempat rujukan bagi pelaksanaan beberapa hukum ke atas peristiwa dan masalah-masalah juz’iyyah. Syariat Islam telah meninggalkan banyak perkara yang tidak ditentukan batas sempadan secara jelas, bahkan sengaja membiarkannya kepada ‘urf untuk menghukum, menentukan batas sempadan dan perinciannya. (KH. Masdar Helmy 1996: 152)


Justeru, wujud satu kaedah fiqhiyyah yang diterima pakai oleh semua ulama iaitu “العادة محكمة” yang bermaksud adat yang am mahu pun khas akan dijadikan rujukan atau hakam, bagi menentukan hukum syarak khususnya ketika berlaku perselisihan kerana ia juga merupakan asas pembinaan hukum-hukum yang tidak dinaskan. Tetapi apabila ada nas maka wajib mengamalkan nas itu dan tidak harus meninggalkan nas dengan mengamalkan adat.Contohnya :

#sŒÎ*sù z`øón=t/ £`ßgn=y_r& £`èdqä3Å¡øBr'sù >$rã�÷èyJÎ/ ÷rr& £`èdqè%Í‘$sù 7$rã�÷èyJÎ/ (#r߉Íkô­r&ur ô“ursŒ 5Aô‰tã óOä3ZÏiB (#qßJŠÏ%r&ur noy‰»yg¤±9$# ¬! 4 öNà6Ï9ºsŒ àátãqム¾ÏmÎ/ `tB tb%x. ÚÆÏB÷sム«!$$Î/ ÏQöqu‹ø9$#ur Ì�ÅzFy$# 4 `tBur È,­Gtƒ ©!$# @yèøgs† ¼ã&©! %[`t�øƒxC ÇËÈ
Maksudnya :

“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),”
(al-Quran,al-Talaq 65:2)


Maka ‘adalah (keadilan) merupakan syarat untuk diterima kesaksian, sedangkan ‘adalah menurut para fuqaha ialah suatu malakah (sifat atau bakat atau perwatakan) yang mendorong seseorang menghayati sifat ketaqwaan dan memelihara maruahnya. Oleh itu, apa sahaja yang boleh merosakkan maruah, ia dianggap akan mencacatkan ‘adalah, sedangkan sesuatu dianggap boleh merosakkan maruah adalah berbeza dengan sebab berbeza tempat dan keadaan. Contohnya seorang lelaki mempunyai kedudukan tertentu, tidak memakai kopiah (songkok) dianggap menjatuhkan maruah bagi sesetengah negeri atau tempat dan boleh mencacatkan keadilan, sedangkan bagi negeri lain tidak memakai kopiah itu tidak merupakan suatu keaiban dan kecacatan. Maka hukum syarak di sini berbeza dengan sebab perbezaan tersebut. Firman Allah :

* ßNºt$Î!ºuqø9$#ur z`÷èÅÊö�ム£`èdy‰»s9÷rr& Èû÷,s!öqym Èû÷ün=ÏB%x. ( ô`yJÏ9 yŠ#u‘r& br& ¨LÉêムsptã$ʧ�9$# 4 ’n?tãur ÏŠqä9öqpRùQ$# ¼ã&s! £`ßgè%ø—Í‘ £`åkèEuqó¡Ï.ur Å$rã�÷èpRùQ$$Î/ 4 Ÿw ß#¯=s3è? ë§øÿtR žwÎ) $ygyèó™ãr 4 Ÿw §‘!$ŸÒè? 8ot$Î!ºur $ydÏ$s!uqÎ/ Ÿwur ׊qä9öqtB ¼çm©9 ¾ÍnÏ$s!uqÎ/ 4 ’n?tãur Ï^Í‘#uqø9$# ã@÷VÏB y7Ï9ºsŒ 3 ÷bÎ*sù #yŠ#u‘r& »w$ÁÏù `tã <Ú#t�s? $uKåk÷]ÏiB 9‘ãr$t±s?ur Ÿxsù yy$oYã_ $yJÍköŽn=tã 3 ÷bÎ)ur öN›?Šu‘r& br& (#þqãèÅÊ÷ŽtIó¡n@ ö/ä.y‰»s9÷rr& Ÿxsù yy$uZã_ ö/ä3ø‹n=tæ #sŒÎ) NçFôJ¯=y™ !$¨B Läêø‹s?#uä Å$rá�÷èpRùQ$$Î/ 3 (#qà)¨?$#ur ©!$# (#þqßJn=ôã$#ur ¨br& ©!$# $oÿÏ3 tbqè=uK÷ès? ׎�ÅÁt/ ÇËÌÌÈ Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan.” (al-Quran,al-Baqarah 2:233) ÏM»s)¯=sÜßJù=Ï9ur 7ì»tFtB Å$râ�÷êyJø9$$Î/ ( $ˆ)ym ’n?tã šúüÉ)­GßJø9$# ÇËÍÊÈ Maksudnya : “Dan isteri-isteri Yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) Dengan cara Yang patut, sebagai satu tanggungan Yang wajib atas orang-orang Yang taqwa.”(al-Quran, al-Baqarah, 2; 241) PERANAN ‘URF DALAM PENETAPAN HUKUM FIQH ‘Urf mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah perkembangan fiqh. Ia telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan hukum fiqh. Para ulama fiqh telah menjadikannya salah satu sumber dalam menentukan keputusan ijtihad mereka. Antara peranan yang dimainkan oleh ‘urf dalam bidang fiqh ialah : 1) Sebagai Perantara Kepada Dalil-dalil Fiqh Sebahagian ulama seperti al-Qarafi dan Ibn Abidin telah mengiktiraf ‘urf sebagai salah satu sumber dalam hukum fiqh. Menurut Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan, ‘urf dijadikan dalil keharusan akad al-mudharabah, akad al-istisna’, wakaf harta alih. Manakala, menurut pendapat Imam Malik,’urf adalah sebagai dalil ketidak harusan khiyar syarat. (Mohammad Zaini bin Yahya 1999: 57-58) Sebahagian ulamak moden telah menolak ‘urf sebagai dalil yang tersendiri. Walaupun mereka memandang tinggi terhadap ‘urf tetapi mereka hanya menganggapnya sebagai perantara kepada dalil-dalil yang sebenar. Di sini,terdapat beberapa contoh mereka menganggap ‘urf sebagai perantara kepada dalil fiqh iaitu : a) Dalam contoh al-mudharabah mereka berpendapat ‘urf bertindak sebagai perantara kepada hadith taqriri iaitu hadis yang berbentuk pengakuan kerana mudharabah telah menjadi amalan sejak dahulu lagi dan Nabi S.A.W tidak pernah melarangnya. b) Dalam contoh akad tempahan,’urf bertindak sebagai perantara kepada ijmak sukuti iaitu persepakatan sebahagian para mujtahid terhadap sesuatu perkara pada sesuatu zaman dan sebahagian mujtahid hanya mendiamkan diri setelah mengetahuinya. Para mujtahid tidak pernah membantah dalam amalan ini. c) Dalam larangan Imam Malik terhadap khiyar syarat adalah berdasarkan kepada amalan penduduk Madinah yang merupakan salah satu dalil menurut beliau. 2) Sebagai Rujukan Kepada Hakim Dalam Membuat Keputusan Dalam bidang kehakiman Islam, ‘urf menjadi rujukan hakim dan pengamal undang-undang dalam melaksanakan hukuman. Sebahagian ulama telah melarang para hakim terikat dengan mana-mana mazhab dan membelakangkan ‘urf dalam membuat keputusan mereka. Terdapat dua aspek peranan ‘urf dalam bidang ini iaitu : a) Dari aspek keterangan atau pembuktian Setelah meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dan tertuduh, hakim akan merujuk kepada ‘urf untuk membuat keputusan. Contohnya dalam kes kecurian,untuk menentukan hirz sesuatu barang curi itu hendaklah merujuk kepada ‘urf kerana hirz sesuatu barang itu berbeza dengan barang yang lain mengikut perbezaan ‘urf. b) Dari aspek hukuman Hukuman takzir tidak ditentukan secara terperinci dalam al-Quran dan Hadith tetapi diserahkan kepada hakim untuk menentukan bentuk hukuman yang sesuai dengan tahap kesalahan dan mampu mencegahnya menurut ‘urf. ( Ibid: 62-63 ) 3) Sebagai Tafsiran Kepada Kehendak Seseorang. ‘Urf dapat membantu menjelaskan maksud dan kehendak seseorang yang biasanya kehendak tersebut tidak dijelaskan oleh seseorang kerana ia sudah diketahui berdasarkan ‘urf. Contohnya dalam masalah jualbeli yang diwakilkan, penerima wakil hendaklah melakukan penjualan atau pembelian mengikut kadar harga pasaran walaupun pewakil tidak menyebutnya di dalam akad. Di sini menunjukkan pentingnya petunjuk daripada ulama. (KH. Masdar Helmy 1996: 150) 4) Sebagai Pembantu Dalam Proses Tarjih Tarjih yang dimaksudkan di sini ialah apa yang diistilahkan oleh Yusuf al-Qardawi sebagai ijtihad intiqa’i iaitu memilih salah satu pendapat para ulama’ terdahulu berdasarkan kelebihan tertentu. Tarjih dalam bentuk ini hanya dibenarkan antara pendapat-pendapat yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima dan hanya berbeza dari segi kekuatannya sahaja. Salah satu dari pendapat tersebut dipilih berdasarkan ‘urf semasa yang mengambil kira keperluan manusia. (Mohammad Zaini bin Yahya 1999: 65) Contohnya dalam karya Yusuf al-Qardawi di mana salah satu tarjih yang dilakukannya ialah pemilihan beliau terhadap keharusan wanita bermusafir tanpa ditemani suami atau muhrimnya jika tidak ditakuti apa-apa gangguan semasa perjalanan,berdasarkan pendapat Ibn Hazm al-Zahiri. Walaupun pendapat Ibn Hazm ini seperti bersalahan dengan pendapat majoriti, tetapi ia adalah keperluan semasa dan ‘urf yang perlu dipelihara. (Ibid: 65) 5) Sebagai Penghurai Kepada Hukum-hukum Fiqh Yang Terkandung Dalam Nas. Terdapat banyak hukum fiqh yang terkandung dalam nas dan hadith yang berdasarkan kepada ‘urf sebagai penghurai seperti dalm firman Allah s.w.t : ’n?tãur ÏŠqä9öqpRùQ$# ¼ã&s! £`ßgè%ø—Í‘ £`åkèEuqó¡Ï.ur Å$rã�÷èpRùQ$$Î/ 4 Maksudnya: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya.” ( al-Quran, al-Baqarah, 2:233 ) Para ulamak telah menyatakan ayat al-Quran di atas mengandungi hukum fiqh iaitu kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak. Tetapi kadar, bentuk dan lain-lain perkara yang berkaitan diserahkan kepada ‘urf yang menghuraikannya. Di sini jaga jelas bahawa ‘urf sudah di kenal oleh manusia dan mesti tidak berlawanan dengan kehendak syarak. (KH. Masdar Helmy 1996: 150) PERUBAHAN HUKUM DENGAN SEBAB PERUBAHAN MASA Hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid akan berubah apabila ‘urf dan adat berubah. Inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata fuqaha: "لا ينكر الأحكام بتغير الأزمان" Di atas dasar inilah berlakunya perubahan hukum. Imam Abu Hanifah dan sahabatnya sebagai contoh, sering berselisih pendapat dalam beberapa hukum berdasarkan perbezaan ‘urf masing-masing. Imam Syafi’e ketika berada di Mesir telah mengubah sebahagian hukum atau fatwanya sewaktu berada di Baghdad kerana uruf di Mesir berbeza dengan ‘urf di Baghdad. Antara contoh perubahan hukum yang disebabkan oleh perubahan masa ialah yang berlaku pada Imam Abu Hanifah dan zaman Abu Yusuf dan Muhammad dalam kes selain dari hudud dan qisas iaitu, Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa zahirah(berpegang pada keadilan segi zahir sahaja), sudah cukup bagi diterimanya sebagai saksi, tetapi pada zaman Abu Yusuf dan Muhammad telah banyak pendustaan yang berlaku, jadi mereka berpendapat mesti dilakukan taykiyyah al-syuhud demi melindung dari keburukan yang menghilangkan hak-hak orang ramai. Fuqaha menyatakan bahawa khilaf tersebut hanyalah perbezaan masa dan waktu, bukan perbezaan hujjah dan dalil. (Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 201) Larangan mengambil upah mengajar al-Quran adalah fatwa yang dikeluarakan oleh para ulama mutaqaddimin, tetapi setelah berlaku perubahan ‘urf dan adat, maka para ulama mutaakhirin memberi fatwa harus mengambil upah mengajar al-Quran agar pengajian al-Quran tidak terhapus.(Ibid: 202) Dalam Sahih Bukhari ada menyebutkan Baginda saw telah ditanya mengenai hukum unta yang hilang, adakah mereka yang melihatnya boleh mengambil unta tersebut dengan tujuan mewawarkannya dan akan dipulangkan kepada tuannya apabila ia datang menuntutnya, yang kemudian ditegahnya oleh Baginda saw, hukum ini terpelihara sehingga akhir pemerintahan Umar r.a. Namun begitu, pada zaman Uthman r.a dia memerintahkan supaya dipungut unta yang hilang dan di jualkannya, apabila tuannya datang menuntut, maka di bayar harga tersebut kepadanya, walaupun arahan ini menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Rasulullah saw pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia adalah satu keputusan yang bertepatan dengan tujuan perintah Rasulullah saw dengan alasan bahawa masyarakat pada zaman itu telah rosak akhlaknya dan memanjang kepada yang haram dan demi mengelak dari menularnya kemudaratan ke atas masyarakat. (Ibid: 203) Perbezaan pelaksanaan hukum-hukum kerana mengikut perbezaan ’urf dan adat bukanlah perbezaan dalam tasyri’ tetapi perbezaan itu hanyalah dalam tatbiq (pelaksanaan) sahaja, ini bukanlah bererti bahawa hukum Allah swt dalam satu masalah itu berbilang-bilang atau berbagai-bagai tetapi maksud tatbiq itu berbeza ialah kerana situasi, suasana, dan peristiwa yang berbeza. Dalam dunia undang-undang hukum adalah satu sahaja, tapi pelaksanaannya berbeza dari satu keadaan dengan keadaan yang lain, juga kerana perbezaan suasana, keadaan dan peristiwa itu sendiri. Demikianlah dapat difahami dari pertukaran hukum dengan bertukarnya masa dan perubahan fatwa dengan sebab perubahan masa dan suasana. (Ibid: 203) BEBERAPA CONTOH ‘URF DAN ADAT DI MALAYSIA 1) Memakai kasut dalam masjid adalah satu penghinaan. 2) Menempah pakaian atau alat perkakas rumah dan sebagainya adalah harus. 3) Memberi nafkah kepada isteri dan anak dengan wang ringgit adalah harus. 4) Mengambil upah atau makan gaji kerana mengajar al-Quran, ilmu-ilmu agama, fardu ain atau fardu khifayah, menjadi imam masjid, muaazzin dan sebagainya adalah harus. 5) Kokokan ayam jantan yang telah sekian lama menjadi tanda masuknya waktu subuh. 6) Makan sambil berjalan dikira aib dan menjatuhkan maruah. .(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 194)


PENUTUP


Kesimpulannya, ‘urf dan adat tetap diambil kira dalam memberi fatwa dan penghakiman bagi memelihara kepentingan atau maslahah, kerana sebahagian dari bentuk maslahah-maslahah manusia hendaklah memperakukan sesetangah yang telah menjadi kebiasaan dan adat mereka bertahun-tahun lamanya dan silih berganti generasi demi generasi. Kebiasaan dan amalan sedemikian merupakan suatu kelakuan sosial yang sukar untuk ditingglkan. Oleh itu, pengiktirafan itu tidak mutlak, bahkan terikat dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nas syarak dan roh syariat islam.


Dengan kata lainnya, ‘urf merupakan salah satu sumber hukum yang amat penting, kekuatannya dibuktikan oleh dalil-dalil al-Quran, al-Sunnah dan ijmak, ‘urf tidak boleh diguna pakai secara mutlak, bahkan terdapat syarat-syarat tertentu yang mesti ada untuk menjadikannya sebagai sumber hukum. Dan sememangnya tidak dapat dipertiakaikan lagi bahawa ‘urf juga telah bertindak sebagai salah satu di antara hukum-hukum syariat yang diperundangkan untuk kepentingan seluruh manusia seluruhnya dan menolak sebarang keburukkan yang menimpa mereka.










ISTIHSAN

PENGENALAN

Sumber hukum ialah sumber pengambilan di dalam menetapkan sesuatu hukum syarak, sama ada ia berasaskan sumber yang disepakati oleh ulama mujtahid ataupun sumber yang tidak disepakati oleh mereka. Sumber hukum dalam perundangan Islam secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Dalil Qat’I dan Dalil Zanni.

Dalil Qat’i ialah dalil-dalil yang disepakati oleh ulama. Dalil tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak,dan Al-Qiyas. Dalil Zanni ialah dalil-dalil yang tidak disepakati oleh sebilangan ulama. Contohnya seperti Istihsan, Masalih Mursalah, Uruf, Istishab dan sebagainya.(Abdul Latif Muda 1997:62)

Istihsan merupakan salah satu daripada sumber hukum perundangan Islam tetapi ianya tergolong dalam sumber hukum yang tidak disepakati. Oleh yang demikian, ulama berselisih pendapat tentang kehujahan Istihsan, ini kerana terdapat ulama yang menerima dan juga menolak Istihsan. Antara ulama yang menerima kehujahan Istihsan ialah ulama Hanafiah, Imam Malik dan sebahagian ulama Hanbali. Manakala pula, antara ulama yang menolak kehujahan Istihsan ialah Imam Shafie dam ulama shafi’I serta sebahagian ulama Hanbali.(Abdul Latif Muda 1997:117)

Ulama yang menerima Istihsan berpendapat bahawa Istihsan adalah salah satu cara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam. Manakala pula, menurut sebahagian ulama yang menolak kehujahan Istihsan, jika Istihsan dibenarkan ini boleh membuka jalan ke arah penggunaan akal fikiran tanpa sekatan yang mana ia terdedah kepada kesilapan dalam menetapkan hukum. Hal ini kerana hukum akan dibuat berdasarkan nafsu dan fikiran, sedangkan yang berhak membuat hukum adalah Allah s.w.t. (Amir Husin Mohd Nor 2002:36)




TAKRIF ISTIHSAN

Istihsan dari segi bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk (tidak disukai) oleh orang lain. Istihsan dari segi istilah pula dapat di bahagi kepada beberapa pandangan.(Hassan Ahmad 1998:300)

Menurut Mazhab Hanafi terdapat dua pengertian iaitu :

1) Qiyas yang tersembunyi illahnya kerana halusnya atau jauhnya dari ingatan hati lagi berlaku didalam keadaan menentang Qiyas yang jelas illahnya kerana bersegeranya kepada ingatan hati pada peringkat permulaan.

2) Dikecualikan masalah sempurna daripada konsep menyeluruh atau kaedah
umum kerana ada dalil khusus yang mengkehendaki pengecualian itu sama
ada dalil khusus itu terdiri daripada nas atau keadaan yang memaksa (darurat)
atau uruf atau kepentingan (maslahat) atau lainnya. (Hassan Ahmad 1998:299)


Menurut Mazhab Maliki Istihsan ialah :

Mengutamakan tinggal sesuatu dalil dan membolehkan menyalahinya kerana ada dalil lain menentang sebahagian daripada kehendaknya.(Hassan Ahmad 1998:302)

Menurut Mazhab Hanafi :

Berpaling didalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri dari Al-Quran atau Sunnah.(Hassan Ahmad 1998:303)

Menurut Mazhab Shafie :

Sesuatu perkara yang difikirkan baik oleh mujtahid.(Hassan Ahmad 1998:303)

Para ulamak mentakrifkan Istihsan sebagai beralih dari Qiyas jaliy kepada Qiyas khafiy atau mengecualikan masalah juz’iyyah dari asal yang kulliy atau kaedah yang umum berdasarkan kepada dalil yang menyebabkan peralihan ini. Antara ciri-ciri Istihsan ialah beralih dari menggunakan Qiyas jaliy kepada menggunakan Qiyas khafiy berdasarkan dalil tertentu. Selain itu juga,cirri Istihsan ialah menggunakan sesuatu masalah dari asal atau kaedah yang umum berdasarkan kepada dalil tertentu.(Amir Husin Mohd Nor 2002:34)

Secara rumusannya Istihsan adalah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui Qiyas jaliy kepada hukum yang dikeluarkan melalui Qiyas khafiy atau pengecualian satu-satu masalah juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.




SEJARAH PERKEMBANGAN SUMBER ISTIHSAN

Sebelum Abu Hanifah menggunakan istilah istihsan, ulama-ulama sebelumnya telah menggunakan istilah ini. Iyas ibn Mu’awiyah seorang hakim dalam pemerintahan Umaiyah pernah berkata:

“tidaklah saya menemukan qadhi, melainkan apa yang dipandang baik manusia”.(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984)

Sesudah Abu Hanifah menjadi seorang mujtahid dan ahli falsafah dalam bidang hukum, istilah istihsan sering digunakan sehingga penggunaannya hampir sama dengan qiyas. Umpamanya Abu Hanifah berkata:

“qiyas memutuskan begini, sedang istihsan memutuskan begitu. Kami mengambil istihsan. Qiyas memutuskan begini, akan tetapi kami beristisan, andaikata tidak ada riwayat tentulah saya menggunakan qiyas. Kami menetapkan demikian dengan jalan istihsan, tidak bersesuaian dengan qiyas”.(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984)

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang ahli hukum yang amat pandai menggunakan sumber istihsan dan banyak merujuk masalah-masalah berdasarkan sumber istihsan. Imam Abu Hanifah hampir-hampir digelar ‘imam Istihsan’ sebagaimana beliau digelar imam ahlul ra’yi.

Muhammad Ibnul Hasan, salah seorang murid Imam Abu Hanifah telah berkata:

“adalah Abu Hanifah telah berdiskusi dengan sahabat-sahabatnya tentang qiyas. Mereka dapat membantahnya. Tetapi apabila Abu Hanifah mengatakan: saya beristihsan, tidak ada lagi orang yang menandinginya kerana banyak dalil-dalil yang dikemukakan tentang istihsan dalam pelbagai masalah”.(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984)

Kemudian murid-muridnya yang mencapai darjat ijtihad mengikut jejak Abu Hanifah. Maka telah timbul banyak masalah berdasarkan istihsan sehingga mereka memberi pengertian bahawa istihsan itu merupakan satu dalil hukum dan para mujtahid harus mengetahuinya. Muhammad Ibnul Hasan berpendapat bahawa mengetahui masalah-masalah istihsan adalah syarat untuk berijtihad.

Muhammad Ibnul Hasan berkata:
“mengetahui masalah-masalah istihsan menurut para fuqaha adalah salah satu syarat ijtihad, sama dengan mengetahui dalil-dalil yang lain”.

Imam Abu Hanifah sendiri berkata:
“barang siapa mengetahui Al-kitab dan As-sunnah, pendapat para sahabat Rasulullah dan apa yang diistihsankan oleh para para fuqaha, dapatlah dia berijtihad terhadap hal-hal yang dihadapinya dan dia menjalankan yang demikian itu terhadap solatnya, puasanya, hajinya dan segala yang disuruh dan yang dilarang. Maka apabila dia berijtihad dan berqiyas kepada yang menyerupainya dapatlah dia beramal dengan yang demikian walaupun dia salah dalam ijtihadnya”.(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984)

Abu Hanifah sendiri tidak menegaskan definisi istihsan itu, dari pendapatnya, istihsan digunakan sebagai dalil-dalil hukum yang digunakan untuk menentang qiyas dan menguatkan istihsan itu bila ia bertentangan dengan qiyas. Maksud istihsan adalah tidak terang, terkecuali pada beberapa masalah yang merupakan hadis atau athar.

Beliau sering berkata:
“Andaikata tidak ada athar, tentulah saya berpegang pada qiyas. Andaikata tidak ada riwayat, tentulah saya berpegang pada qiyas.”

Tidak boleh dikatakan bahawa Abu Hanifah, Malik, dan sahabat-sahabat beristihsan tanpa menggunakan dalil-dalil yang syarak, tetapi sebenarnya mereka tidak menerangkan dalil-dalil yang telah mereka maksudkan, dan yang sebenarnya mereka kehendaki dengan pendapat itu. Hal ini tidaklah begitu menghairankan, kerana masa itu belum lagi terjadi masa pentakrifan istilah-istilah baru. Masa itu adalah masa ijtihad dan mereka itu diakui oleh masyarakat sebagai ahli-ahli ijtihad. Imam Syafie menyerang dengan amat tajam bila beliau mendengar pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah menggunakan istihsan ketika berdiskusi dengan beliau tanpa menerangkan maksud istilah itu.

Mungkin pendebat-pendebat Imam Abu Hanifah menggunakan istilah istihsan tanpa mengetahui sesuatu dalil kerana mereka bertaklid kepada imam-imam mereka. Apabila Imam Syafie bertanya kepada mereka tentang hakikat istihsan, mereka tidak dapat menjawabnya. Imam Syafie membantah orang-orang yang sering menggunakan kata-kata ijmak untuk dijadikan dalil mereka tanpa mereka menyebut dasar pegangan mereka itu. Pendapat-pendapat Imam Syafie, baik dalam Ar Risalah mahupun Al Umm tegas mengatakan bahawa istihsan tanpa dalil tidak dapat diterima bahkan haram dilakukan.


Dalam Ar Risalah Imam Syafie berkata:
“sesungguhnya haram atas seseorang menetapkan sesuatu dengan jalan istihsan, apabila istihsan itu menyalahi hadis. Dan tidak boleh lagi seseorang mengatakan: ‘saya beristihsan tidak menggunakan qiyas’. Andaikata kita boleh mengenepikan qiyas, bolehlah bagi ahli-ahli akal dari orang yang tidak mempunyai ilmu mengatakan sesuatu yang tidak ada hadis terhadapnya dengan menggunakan dasar istihsan. Istihsan itu sebenarnya hanya mencari enak sahaja” .(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984).

Dalam kitab Ibtal al-Istihsan, Imam Syafie menerangkan dalil-dalil yang menegaskan bahawa para mufti tidak boleh berfatwa dengan istihsan, kerana kalu berfatwa dengan istihsan bererti dia telah menyimpang dari Al-Quran dan Sunnah, al-ijmak dan qiyas. Dan bererti dia mengikuti pendapatnya sendiri.

Dalam masalah ini Daud Ibn Ali menyetujui pendapat Imam Syafie, sebagaimana ulama -ulama Hanbaliyah menyetujui fahaman Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Dalam kitab Risalah Al Usul, Daud menegaskan:

“Sesungguhnya menetapkan sesuatu dengan qiyas tidak wajib, dan menggunakan istihsan tidak boleh”.

Shafiyuddin Al Baghdadi dalam kitabnya Qawa’idal Usul dan Ibnu Qadamah Al Maqdisi dalam kitabnya Raudhatun Nazhir menyatakan bahawa Imam Ahmad ibn Hanbal bersetuju dengan pandangan Imam Abu Hanifah dalam masalah ini.

Demikianlah perkembangan dalam fasa pertama tentang kedudukan istihsan. Satu pihak menggunakan istihsan untuk sesuatu hukum yang mereka kehendaki walaupun mereka belum dapat menernagkan hakikat sebenar istihsan dan satu pihak yang lain menolak dari menggunakan istihsan dengan alasan bahawa istihsan adalah menurut fikiran semata-mata.

Sesudah masa membuat dalil bagi dasar-dasar yang digunakan selepas zaman Imam Syafie, barulah tokoh-tokoh fiqh mazhab Hanafi membuat pentakrifan istihsan dan menerangkan hakikat yang sebenarnya yang mereka ungkapkan dari cabang-cabang hukum yang dinukilkan daripada imam. Namun demikian, pentakrifan yang telah dibuat masih tidak dapat melepaskan istihsan dari arena perselisihan.

CONTOH ISTIHSAN ULAMAK HANAFI

Antara contoh penggunaan istihsan menurut ulamak Hanafiah terbahagi kepada dua iaitu:

1) Istihsan yang dalilnya qiyas khafiy
2) Istihsan yang pemgecualian dalilnya adalah maslahah

Istihsan Yang Dalilnya Qiyas Khafiy.

Contohnya adalah seperti berikut :

i Wanita berhaid harus membaca Al-Quran berdasarkan istihsan dan haram berdasarkan al-Qiyas. Pengharamannya berdasarkan kepada al-Qiyas, kerana ianya di qiyaskan dengan orang yang berjima’ yang mana Illah ( sebabnya) sama iaitu kedua-duanya sama dalam keadaan tidak suci dan diharamkan membaca al-Quran. Walaubagaimanapun, hukumnya adalah harus bagi seorang perempuan yang dalam keadaan haid untuk membaca Al-Quran berdasarkan istihsan. Ini kerana haid dan berjima’ tidak sama dari sudut waktu. Masa haid lama manakala masa berjima’ adalah sekejap. Oleh itu wanita yang dalam keadaan haid diharuskan membaca Al-Quran, jika tidak beerti dalam tempoh haid yang lama itu ia tidak dapat beibadat dengan membaca Al-Quran, sedangkan lelaki dapat membacanya sepanjang masa.

ii Menurut ulama’ Hanafiah dan menurut al-Qiyas terang ( jaliy ), sisa burung helang adalah najis dan haram, kerana ia diqiyaskan dengan sisa binatang buas yang lain, seperti harimau dan serigala. Berdasarkan dagingnya haram dimakan. Menurut Istihsan pula, sisa burung helang dan burung penyambar yang lain tidak najis, kerana binatang tersebut makan dan minum menggunakan paruh dan ia adalah suci apabila diqiyaskan dengan mulut manusia yang bersih. Oleh itu, walaupun dagingnya haram dimakan tetapi air liur yang keluar daripada dagingnya tidak bercampur dengan sisa makanan yang dimakannya kerana ia minum dengan menggunakan paruh bukan lidah.Walaubagaimanapun, sisa binatang buas tetap haram menurut istihsan dan al-Qiyas kerana ia minum dengan menggunakan lidah yang bercampur dengan air liur yang najis.

Istihsan Yang Pengecualian Dalilnya Adalah Maslahah.

Contohnya adalah seperti berikut :


i Hukum syarak menegah melakukan akad atau jual beli terhadap barangan yang tidak ada waktu akad. Berdasarkan Istihsan, harus akad pada jual beli saham, sewa menyewa, upah mengupah atau membuat tempahan atau semua bentuk urusan barangan yang tiada pada waktu akad. Hujah dan alasan penggunaan istihsan adalah kerana manusia memerlukan dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut.

ii Ulamak menetapkan orang bodoh ( safih ) tidak sah tasarruf atau tabarrru’ yang berkaitan dengan harta milik mereka. Namun begitu, istihsan mengharuskan dan mengecualikan mereka tasarruf dengan mewakafkan harta untuk diri mereka sewaktu mereka hidup. Penggunaan Istihsan ialah atas dasar menjaga harta mereka daripada habis dan dibelanjakan dengan sia-sia. ( Abdul Latif Muda : 1997 )

BAHAGIAN-BAHAGIAN ISTIHSAN.

Istihsan Dengan Nas

Istihsan dengan nas bermaksud perkara pada setiap masalah yang menunjukkan hukum yang bertentangan dan berbeza dengan kaedah yang ditetapkan yang mempunyai nas daripada Allah SWT.(Abdul Latif Muda,1997)

Dengan kata lain, istihsan ialah suatu nas khusus yang khusus daripada Allah SWT tentang juzuk tertentu hingga hukumnya bertentangan atau berbeza daripada hukum asal walaupun pada masalah yang sama yang sabit dan ianya menjadi kaedah umum.(Nota kuliah,2009).

Contohnya Puasa tidak batal apabila makan secara tidak sengaja disebabkan lupa. Menurut kaedah umum dan al-Qiyas, puasa seseorang batal kerana ia tidak menahan diri daripada memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Namun hukum itu dikecualikan daripada kaedah umum berdasarkan hadis Baginda saw :


من اكل او شرب ناسيا فلا يفطر فانما هو رزق رزقا الله



Terjemahan:

Barang siapa yang terlupa sedangkan ia berpuasa lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempunakan puasanya. Sesungguhnya Allah memberi makan dan minum kepadanya.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dan At-Tarmizi dan Abu Daud dan Ibnu Majah)


Contoh lain adalah jual beli salam. Rasulullah saw melarang jual beli yang tidak ada di tempat ketika akad (Abdul Wahhab Khalaf, 1984). Dalil nasnya :


من اسلف منكم فليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم الى اجل معلوم
(Nota Kuliah, 2009)
Istihsan Dengan Ijmak

Istihsan dengan ijmak ialah suatu peralihan daripada hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang diistinbat melalui ijmak. Ia terhasil setelah ulama’ mujtahid berfatwa tentang sesuatu masalah yang berlawanan dengan kaedah umum mengenai masalah yang serupa dengannya.(Abdul Latif Muda, 1984)

Dalam keadaan lain, para mujtahid berdiam diri dan tidak mengingkarkan apa yang dilakukan oleh masyarakat, yang mana ia bertentangan dengan kaedah umum yang ditetapkan. Sebagai contoh, tidak sah jual salam jika diqiyaskan kepada akad jual beli, kerana benda yang diakadkan belim wujud ketika akad. Oleh kerana jual salam adalah baik dan perlu dalam masyarakat , maka ulama’ mengira baik dan harus. Contoh lain adalah bayaran menggunakan bilik air dan al-istisna’.( Nota kuliah,2009)

Istihsan Berdasarkan Uruf
Hal tersebut berlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan masyarakat dan ia bertentangan dengan kaedah umum.Contohnya, menurut fiqh mazhab Hanafi,antara prinsip umum harta wakaf hendaklah berkekalan.Berdasarkan prinsip ini,maka tidak harus mewakafkan harta yang mudah dipindahkan kerana ia menunjukkan tidak berkekalan.Sebaliknya,Imam Muhammad bin Hassan dari mazhab Hanafi mengharuskan wakaf sama ada harta yang mudah dipindahkan kerana ia menjadi kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya seperti buku-buku.Ia dibolehkan atas dasar istihsan yang menyalahi prinsip umum dan pegangan Imam Abu Hanafiah sendiri.(Abd. Latif Muda&Rosmawati Ali@Mat Zin 1997:123)

Istihsan Berdasarkan Maslahah
Antara contoh penggunaan istihsan ini ialah mengikut prinsip umum,tidak harus diberikan zakat kepada Bani Hasyim.Tetapi sebaliknya Abu Hanifah mengharuskan memberi zakat kepada mereka dizaman beliau berdasarkan istihsan.Iaitu untuk menjaga kepentingan mereka daripada diabaikan. (Abd. Latif Muda,Rosmawati Ali@Mat Zin 1997:124)
Istihsan Berdasarkan Darurat
Antara contoh permasalahan:Membersihkan perigi bernajis.Mengikut kaedah umum atau al-Qiyas,perigi tersebut tidak akan bersih walaupun ditimba sebahagian atau semua air dalamnya.Hal tersebut kerana,menimba sebahagian
air di dalamnya tidak memberi kesan atau tidak menyebabkan baki air yang ada itu bersih.Begitu juga jika ditimba semua air pun tidak akan membersihkan air yang baru keluar dari mata air dalam perigi tersebut.Justeru itu,air dalam perigi tersebut diharamkan bersih atau tidak akan bersih walaupun ditimba semua air bernajis.Oleh itu diharuskan mengambil air dari perigi tersebut kerana darurat dan diperlukan.(Abd. Latif Muda,Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997:123)
Istihsan Berdasarkan Qiyas al-Khafiyy
Keadaan ini berlaku terhadap masalah yang mana bercamtum di antara dua qiyas.Di mana salah satu jelas illahnya dan satu lagi tidak jelas illahnya.Istihsan jenis ini ialah dengan mengeluarkan hukum berasaskan qiyas yang tidak nyata.(Abd. Latif Muda,Rosmawati Ali @Mat Zin 1997:123)
PENUTUP
Apabila dikaji dan diteliti pengertian yang diberikan oleh ulamak Hanafi dan Imam Malik, penggunaan Istihsan menurut pendapat mereka bukanlah berdasarkan akal dan nafsu semata akan tetapi masig berdasarkan dalil-dalil syarak juga.

Apabila diteliti pengertian istihsan menurut Imam Syafie pula adalah berlainan dengan pengertian yang diberikan oleh ulamak Hanafi dan Imam Malik. Dimana Imam Syafie menggambarkan penggunaan istihsan dengan berpandukan akal semata-mata, tanpa dalil syarak, oleh sebab itula beliau menolak berhujah dengannya.

Disini dapat dirumuskan bahawa perselisihan di antara ulamak mujtahid dan imam mazhab tersebut mengenai kehujahan istihsan merupakan perselisihan dari segi lafaz sahaja. Hal ini terjadi disebabkan tidak sama pengertian yang diberikan. Sebenarnya antara mereka tiada perselisihan, kerana matlamat mereka adalah satu iaitu membawa kebaikan untuk masyarakat, agama dan membawa kebenaran serta berhati-hati dan teliti dalam mengeluarkan hukum. ( Abdul Latif Muda : 1997 )
RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan.2006.الوجيز في اصول الفقه.Labenon:Resalah Public.
Abd.Latif Muda,Rosmawati Ali@Mat Zin.1997.Pengantar Usul Fiqh.Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Abdul Wahhab Khallaf.1984.Sumber-sumber hukum islam.Bandung Risalah.
Amir Husin Mohd Nor. 2002.Falsafah Perundangan Islam.Mahzum Book Services.
Hj Hassan bin Hj Ahmad.1998.Usul Fiqh.Hamid Bhd.
Mohd Nasran Mohamad,Anwar Fakhri Omar,Mohd Zamri Muda,Mohammad Zaini Yahaya.2001. Metodologi Fiqh.Bangi:Universiti Kebangsaan.
Nota Kuliah.2009.
DISEDIAKAN OLEH:

ASIBAH BINTI RAMLI
MARIANA BINTI ABDUL RAHMAN
NORAINI BINTI TAPSIR
NOR RAFIEZAH BINTI MD. REJAB
SITI FAZILAH BINTI MAT SAHRI
SITI NORHASNIDA BINTI SAMSUDDIN
SITI HAWA BINTI MOHAMED KUMARI
YATIMI BINTI YUSOF